Isu Selfie Di Kubur, Farish Aziz Mohon Maaf Secara Terbuka
Isu selfie di kubur, Farish Aziz mohon maaf secara terbuka, Farish juga turut memuat naik permohonan maaf berkenaan isu tersebut di laman instagram miliknya.
KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2014: Pengacara dan penyampai radio, Farish Aziz telah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu gambar selfie di kubur yang dimuatnaik di laman sosial instagramnya.
"Gambar itu adalah gambar raya yang saya muat naik dengan niat yang baik tetapi telah di salah ertikan oleh masyarakat… Saya minta maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan gambar tersebut.
“Tak mungkin saya sengaja memuat naik gambar tersebut dengan tujuan tertentu… Kalau ada salah dan silapnya, ia adalah sesuatu yang tidak disengajakan,” begitulah penjelasan pelakon dan pengacara Farish Aziz ketika dihubungi Astro Gempak menerusi aplikasi Whatssapp pada malam Rabu berkenaan dengan sekeping gambar yang diambil secara selfie di tanah perkuburan oleh aktor tersebut.
Selain itu, Farish juga turut memuat naik permohonan maaf berkenaan isu tersebut di laman instagram miliknya.
Permohonan maaf Farish Aziz melalui laman instagram miliknya
Farish atau nama sebenarnya Mohd Farish Aziz Sulaiman meluahkan rasa kesal apabila dia dituduh sengaja memuat naik gambar berkenaan dengan tujuan meraih publisiti murahan.
“Tidak terlintas langsung di fikiran saya untuk melakukan perkara seprti yang dituduh oleh mereka… Macam yang saya katakan tadi gambar itu telah disalah tafsir.
“Saya kesal bila ada pihak yang busuk hati membesar-besarkan isu tersebut… Saya harap mereka bersikap lebih matang.
“Saya faham jika ada yang marah dan memberikan komen negatif terhadap saya, namun jika sudah sampai tahap fitnah dan mendoakan perkara-perkara tidak baik terjadi kepada keluarga saya, itu membuatkan saya berasa cukup kecewa,” katanya kesal.
Tambah Farish lagi, insiden yang berlaku ini dijadikan iktibar dan selepas ini dia akan lebih berhati-hati untuk berkongsi sebarang gambar di laman sosial.
“Kita tidak akan mampu untuk menutup mulut orang, dan kejadian ini akan saya jadikan sebagai pengajaran.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang gambar di laman sosial, tetapi tidaklah sehingga menjadi hipokrit semata-mata mahu dipandang baik oleh masyarakat… Saya lebih selesa jadi diri sendiri,” jelasnya
asslmkm...
ReplyDeleteapa2 pun sebenarnya gmbar camtu tak perlu pun diupload.. tu adalah lebih baik kan..
selamat hari raya.. :)