Hisham Hamid Utamakan Sambutan Raya Untuk Anak-Anak

Hisham Hamid Utamakan Sambutan Raya Untuk Anak-Anak


Hisham Hamid utamakan sambutan Raya untuk anak-anak kerana bagi saya ia hari yang paling menyeronokkan bagi kanak-kanak dan saya tidak mahu menghampakan anak-anak saya.

KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2014: Pelakon Hisham Hamid akui mempunyai perancangan untuk tinggal di Malaysia tetapi banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum melaksanakannya.

“Paling utama jika saya mahu berpindah ke sini, saya perlu lakukan persiapan untuk membawa kedua-dua anak saya dan uruskan persekolahan mereka di sini,” kata pelakon kelahiran Singapura itu ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Astro, baru-baru ini.

Hisham Hamid Utamakan Sambutan Raya Untuk Anak-Anak


Menurut aktor yang popular menerusi drama bersiri Ariana Rose itu lagi dia dan isteri, Rosmawati masih membincangkan tentang perkara tersebut secara terperinci.

“Bukan sahaja perlu berbincang tetapi saya perlu membuat persiapan sebaik-baiknya dan setakat ini memang sudah ada persiapan sedikit demi sedikit.

“Apa-apa keputusan akan saya beritahu kemudian, buat masa ini niat tu sudah ada,” jelasnya.

Tambah Hisham buat masa ini dia berulang-alik dari Malaysia ke Singapura untuk urusan kerja dan itu juga merupakan salah satu faktor mengapa dia mahu membawa keluarganya berpindah ke negara ini.

Bercakap mengenai persiapan Aidilfitri, Hisham memberitahu dia hanya menyediakan kelengkapan secara ala kadar dan keutamaan diberikan kepada anak-anaknya.

“Hari Raya untuk anak-anak…kerana bagi saya ia hari yang paling menyeronokkan bagi kanak-kanak dan saya tidak mahu menghampakan anak-anak saya.

“Saya telah cuba membuat persiapan yang terbaik buat anak-anak saya dan saya harap mereka gembira,” katanya yang yang menyambut lebaran di Singapura bersama isteri dan anak-anak.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers