Yasmin Hani Buka Akaun Bank Noah Untuk Simpan Duit Raya
Yasmin Hani buka akaun bank Noah untuk simpan duit raya bagi memastikan wang berkenaan dapat digunakan apabila Noah dewasa kelak.
KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2014: Atas kesedaran betapa pentingnya amalan menabung sejak dari awal, pelakon Yasmin Hani dan suaminya Sha’arin Rahmat telah membuka akaun peribadi untuk cahayamata pertamanya, Noah Ismail Wong.
Lebih-lebih lagi dengan kemunculan Hari Lebaran, dia akur koleksi duit raya yang bakal diterima anaknya itu perlu disimpan di tempat paling selamat bagi memastikan wang berkenaan dapat digunakan apabila Noah dewasa kelak.
“Bukan sahaja akaun simpanan peribadi Noah, tetapi kami juga telah menyediakan insuran peribadi paling sesuai untuknya sejak dia di dalam kandungan lagi sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Pada awalnya saya ingin membuka akaun ASB untuk Noah tetapi kerana usianya yang masih 6 bulan, pihak bank mencadangkan kami untuk membuka akaun bank untuknya.
“Kalau nak tahu, Noah sekarang bukan sahaja ada akaun banknya sendiri, malahan juga dia sudah ada kad ATM-nya sendiri,” kata Yasmin Hani sambil ketawan kecil ketika dihubungi portal murai.com.my baru-baru ini.
Kata Yasmin Hani, dia cukup bersyukur kerana sejak menghamilkan Noah sehingga dilahirkan, bayi berkenaan dikurniakan limpahan rezeki dan oleh kerana itu jugalah dia mengambil keputusan untuk membuka akaun simpanan untuk anaknya itu.
Bercerita mengenai sambutan hari raya, kata Yasmin Hani dia sekeluarga akan berhari raya di ibu negara bersama-sama keluarga suaminya pada Syawal pertama dan akan bergegas ke Kuala Selangor pada sebelah tengah hari bertemu keluarganya.
Malah dia cukup bersyukur dengan kelahiran Noah yang menyerikan sambutan hari raya tahun ini, sekali gus melengkapkan dia sebagai sebuah keluarga dan tidak keseorangan lagi.
“Selama dua tahun saya hanya berhari raya dengan suami dan Syawal tahun lepas saya sedang sarat menghamilkan Noah.
“Tapi tahun ini kami dapat meraikan Syawal bersama-sama sebagai sebuah keluarga yang lengkap. Syukur Alhamdulillah,” katanya yang memilih permainan rona pastel sebagai warna tema dia tiga beranak bagi meraikan Lebaran.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.