Ziana Zain Rasakan Perbezaan Beraya Dengan Imej Baru
Ziana Zain rasakan perbezaan beraya dengan imej baru ramai peminat yang datang mengucapkan tahniah dan tak henti-henti yang ingin merakamkan gambar.
KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2014: Imej baru yang disempurnakan diva pop popular, Ziana Zain nampaknya memberikan angin baru buat penyanyi berkenaan terutama sekali dalam meraikan Syawal tahun ini.
Walaupun masih baru dengan imej berhijab, tetapi dia dapat merasakan satu kelainannya, apatah lagi ramai peminat yang sangat menyokong keputusan mulianya itu.
Bercerita bagaimanakah perasaannya meraikan Aidilfitri tahun ini, Ziana Zain yang dihubungi portal murai.com.my berkata dia agak terharu apabila ramai peminat yang menahannya di tempat umum seperti bazaar Ramadhan untuk mengucapkan rasa syukur dengan perubahannya itu.
“Memang dirasai perbezaannya. Ramai peminat yang datang kepada saya dan mengucapkan tahniah dan tak henti-henti yang ingin merakamkan gambar dengan saya.
“Syukur Alhamdulillah. Tapi jauh di sudut hati saya, saya rasa cukup malu terutama sekali apabila ada yang ingin ambil gambar saya di tempat awam dengan imej saya itu dan syukurlah ada juga yang memahami,” katanya yang tidak mahu imej barunya itu disalah anggap.
Mula berhijab pada pertengahan Ramadhan lalu, Ziana Zain berkata sejak bertudung dia sedikitpun tidak pernah terasa rimas atau kurang selesa walaupun dalam keadaan cuaca panas sehingga mencecah 40 darjah celcius.
Katanya, dia bersyukur kerana penghijrahannya itu telah membuatkan dirinya bertambah seronok untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat, rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat.
Sementara itu Ziana Zain berkata, Aidilfitri tahun ini diraikan dengan penuh keinsafan dan bersederhana bagaimanapun tetap memberi keutamaan kepada anak-anaknya.
“Sedari awal lagi saya sudah belikan pakaian raya untuk anak-anak saya kerana pastinya merekalah individu yang paling seronok apabila tibanya Syawal.
“Untuk saya sendiri, saya hanya memiliki dua pasang baju raya iaitu satu baju kurung dan satu lagi yang direka khas oleh Rizman Ruzaini.
“Bagaimanapun saya memperbanyakan beberapa helaian tudung dengan gaya yang paling sesuai yang saya beli dengan kawan saya. Asalkan ianya nampak sempurna, ianya sudah memadai.
“Bagi saya, walaupun saya cuba untuk bergaya mengikut kesesuaian fesyen masa kini, tapi apa yang lebih penting biarlah ianya sopan dan sesuai dengan usia saya,” katanya yang redha jika ada pihak yang masih ingin menayangkan gambar-gambar lamanya sebelum berhijab.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.