Selebriti Tanahair Sokong Perhimpuan ‘Selamatkan Anak-Anak Gaza’

Selebriti Tanahair Sokong Perhimpuan ‘Selamatkan Anak-Anak Gaza’


Selebriti tanahair sokong Perhimpuan ‘Selamatkan Anak-Anak Gaza’ anjuran Viva Palestina dan Aqsa Syarif mengecam tindakan zionis sekeras-kerasnya yang tidak berperikemanusiaan.

KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2014: Dua hari yang lalu, lebih 10 ribu peserta berhimpun di Dataran Merdeka sebagai tanda protes terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera Zionist kepada penduduk Gaza terutama kanak-kanak.

Perhimpunan aman yang dikenali sebagai ‘Selamatkan Anak-Anak Gaza anjuran Viva Palestina dan Aqsa Syarif mengecam tindakan zionis sekeras-kerasnya yang tidak berperikemanusiaan membunuh secara membuta tuli tanpa rasa belas ehsan.

Selebriti Tanahair Sokong Perhimpuan ‘Selamatkan Anak-Anak Gaza’


Turut tidak ketinggalan menyertai perhimpunan ini ialah selebriti tanah air seperti Afdlin Shauki, Faizal Tahir, Natasha Hudson, Heliza Helmi dan ramai lagi.

Wakil Viva Palestina, Shida Shahnan berkata perhimpunan ini untuk menyatakan solidariti yang bersifat dari insan kepada insan lain serta hak kemanusiaan penduduk Gaza yang dirampas oleh tentera Zionis dengan begitu rakus.

"Kanak-kanak mampu menyentuh hati kita. Semua bangsa tidak kira agama atau kepercayaan perhimpunan seumpama ini sebagai medium penting menyatakan suara kita dan tanda protes terhadap Israel" katanya.

Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi merancakkan lagi perhimpunan ini antaranya ‘flash mob’, ucapan dan juga paparan 1000 biji belon  bagi menandakan penduduk Gaza yang terkorban.




Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers