Maya Karin Sediakan Juadah Raya Di London Buat Keluarganya!

Maya Karin Sediakan Juadah Raya Di London Buat Keluarganya!


Maya Karin sediakan Juadah Raya di London buat keluarganya kerana dia mempunyai keluarga yang tinggal di London dan lebaran ini adalah waktu yang sesuai untuk berjumpa dengan adik dan bapanya di sana.

KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2014: Demi mahu tidak melepaskan peluang untuk menyambut Aildilfitri bersama keluarga, pelakon dan penyanyi Maya Karin telah terbang ke Kota London untuk meraikan hari yang penuh bermakna bersama mereka pada penghujung Ramadan lalu.

Maya Karin Sediakan Juadah Raya Di London Buat Keluarganya!


“Saya mempunyai keluarga yang tinggal di London dan lebaran ini adalah waktu yang sesuai untuk saya berjumpa dengan adik dan bapa saya di sana. Saya  berada di London selama 15 hari dan telah pun pulang ke Malaysia pada hari raya ketiga (semalam),” katanya kepada murai.com.my

Berkongsi cerita mengenai sambutan Ramadan dan Aidilfitri di London, Maya akui ia tidak semeriah seperti sambutan di Malaysia, namun kemeriahan dan kegembiraan tetap dirasai apabila dapat menyambutnya bersama keluarga tercinta.

“Jika di London, sambutannya memang agak sunyi dan tidak ada kemeriahan seperti di Malaysia. Namun, sekali-sekala bila sunyi dan tenang, bagus juga. Persiapan raya di sini juga lebih simple. Insha Allah pada pagi raya nanti saya akan masak juadah raya. Antaranya lontong,” jelasnya lagi.

Menyentuh mengenai kerjaya seninya, Maya telah muncul dengan lagu raya ciptaan Omar K berjudul Pulang. Selain itu, pelakon filem Cun ini juga memberitahu dia akan terlibat dengan latihan untuk teater muzikal Supermokh Restaging bermula 4 Ogos nanti.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers