1 Syawal Yang Bermakna Buat Amy Search & Nabila Huda

1 Syawal Yang Bermakna Buat Amy Search & Nabila Huda


1 Syawal yang bermakna buat Amy Search & Nabila Huda sempena meraikan ulang tahun ke-56 Amy Search dan Nabila Huda pulang bagi menyambut hari bahagia itu bersama-sama.

KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2014: Dalam pada semua umat Islam sibuk meraikan Aidilfitri, kegembiraan yang tidak terhingga terpancar di wajah dua beranak popular di negara ini iaitu Amy Search dan Nabila Huda.

Ini kerana, pada 1 Syawal lalu sempena meraikan ulang tahun ke-56 ikon rock berkenaan, Nabila Huda nampaknya telah pulang ke pangkuan bapanya, Amy Search bagi menyambut hari bahagia itu bersama-sama.

1 Syawal Yang Bermakna Buat Amy Search & Nabila Huda


Detik istimewa lagi menggembirakan ramai peminat kedua-dua artis popular berkenaan telah dikongsikan Amy Search di dalam laman Instagram miliknya (akuamysearch).

Menerusi gambarnya bersama-sama Nabila Huda dan isterinya yang dimuat naik, Amy Search melahirkan tanda syukur tidak terhingga kerana doanya untuk berhari raya dengan anak kesayangannya bersama seisi keluarga termakbul.

“Alhamdulillah…Ya Allah kau makbulkan rintihanku. Aku sngt bahagia. Moga trus bahagia hingga ke jannah. Aameen YRA,” tulis Amy Search dalam laman Instagram peribadinya itu.

Amy Search dan Nabila Huda pernah mencetuskan kontroversi dengan isu kekeluargaan antara mereka berdua  yang telah dikongsikan penyanyi rock itu di laman sosial beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun dengan hadirnya gambar dan kenyataan itu, maka mereka berjaya membuktikan, air yang dicincang tak akan putus.

Malah jalinan kekeluargaan antara pertalian darah sememangnya akan sentiasa menjadi hubungan kemesraan kekal abadi walaupun berlaku sedikit salah faham antara mereka berdua sebelum ini.

Kami di portal murai.com.my turut merasa gembira dan mendoakan kebahagiaan Amy Search dan Nabila Huda sekeluarga.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers