Peluang Pelajar IPT Berlakon Drama Seludup

Peluang Pelajar IPT Berlakon Drama Seludup


Peluang Pelajar IPT berlakon Drama Seludup Produksi drama Seludup akan membuat lawatan ke beberapa kolej lain untuk tujuan pencarian bakat baru ini.

KUALA LUMPUR , 29 JULAI 2014: Seludup,  sebuah drama siri aksi dan cinta terbaru berkisar kegiatan penyeludupan haram terbitan Astro dan Mastermind Group Sdn Bhd baru-baru ini telah membuat lawatan ke Kolej Teknologi Cosmopoint.

Pendekatan itu dibuat bagi menggalakkan pelajar-pelajar menyertai peraduan #masukdramaseludup untuk terbabit sama dalam drama berkenaan.

Peluang Pelajar IPT Berlakon Drama Seludup


Ujibakat turut diadakan di Universiti Industri Selangor (UNISEL), Universiti Multimedia di Cyberjaya dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Keterujaan pelajar-pelajar Cosmopoint jelas terpancar semasa sesi ujibakat dan pengisian watak tambahan dalam drama yang dihasilkan oleh Jehan Miskin selaku Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd bagi drama itu.

Menerusi peraduan ujibakat berkenaan, dua peserta bertuah akan berpeluang untuk bergandingan dengan  pelakon-pelakon terkenal tanah air yang membintangi drama berkenaan antaranya Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Raja Ilya, Syafie Naswip dan tidak ketinggalan, Jehan Miskin.

Pelajar Cosmopoint yang menyertai ujibakat berkenaan telah dibekalkan dengan skrip yang perlu dihafal  dan hayati, selain memperbaiki skrip yang diberi dengan menggunakan prop dan kerjasama rakan sekelas untuk menjadikan uji bakat mereka kelihatan lebih menarik.

“Produksi drama Seludup akan membuat lawatan ke beberapa kolej lain untuk tujuan pencarian bakat baru ini.

“Selain daripada memberi peluang kepada muka-muka baru dan memberi laluan kepada mereka untuk menceburi bidang lakonan, kami juga ingin memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanah air.

Peluang menimba pengalaman untuk berlakon bersama Pekin, Tiz dan Namron sudah semestinya peluang yang tidak patut dilepaskan,” kata Jehan Miskin dalam satu kenyataan media.

Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak seperti rokok, cakera padat dan barangan berjenama tiruan.

Peraduan #masukdramaseludup memberi peluang sekali seumur hidup kepada seorang pemenang lelaki dan wanita untuk tampil di dalam drama tersebut, di samping beberapa hadiah menarik bernilai RM15,000.

Naratif drama ini menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa yang dilakonkan Pekin Ibrahim dalam mencegah kegiatan jenayah seludup daripada mengancam keamanan kampungnya.

Sementara itu, berdasarkan temubual bersama beberapa pelajar, didapati ramai yang mula sedar risiko gejala penyeludupan haram di dalam masyarakat.

Kata mereka, gejala ini memang wujud di kalangan masyarakat dan tanpa disedari ianya turut melibatkan pelajar-pelajar kolej.

Peraduan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 hingga 35 tahun. Setakat ini, lebih 80 video uji bakat telah diterima dan kesemuanya telah dimuat naik ke laman FB- Seludup untuk tujuan undian. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Ogos depan.

Maklumat lanjut mengenai peraduan #masukdramaseludup boleh didapati di laman FB Seludup (www.facebook.com/seludup).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers