Sabhi Saddi Balik Beraya Di Sabah Tinggalkan Isteri Sarat Mengandung?
Sabhi Saddi balik beraya di Sabah tinggalkan isteri sarat mengandung adalah kerana permintaan daripada keluarga serta janji penyanyi itu sendiri terhadap keluarganya.
KL, 30 JULAI 2014: Penyanyi Sabhi Saddi akui bahawa dia telah menyambut lebaran ini secara sendirian di di kampung halamannya di Sabah kerana isteri tercintanya, Rosi Aswani Abdul Razak kini sedang sarat hamil anak kedua mereka.
Kata Sabhi lagi, dia akui dia sepatutnya berada bersama di sisi isterinya namun tindakannya untuk pulang berhari raya di kampung halamannya itu adalah kerana permintaan daripada keluarga serta janji penyanyi itu sendiri terhadap keluarganya.
Rosi Aswani dijangka bersalin pada bulan Ogos depan. Oleh kerana itu, Sabhi terpaksa pulang berhari raya sendirian dan meninggalkan isteri yang akan berhari raya di Kuantan.
“Keputusan ini sememangnya sudah lama dirancang dan isteri dan keluarganya faham situasi yang saya berdepan. Kalau isteri saya tidak mengandung atau masih lagi di peringkat awal, dia juga akan turut bersama saya pulang ke Sabah.
“Ini kerana saya sudah berjanji dengan bapa saya serta nenek untuk pulang bertemu dengannya pada lebaran kali ini. Nenek saya sudah uzur dan tidak sampai hati hendak hampakan permintaannya. Lagipun kita tak tahu entah esok lusa kalau dia(nenek) pergi, setidak-tidaknya saya sudah tunaikan permintaannya.
“Lagipun saya pulang tidak lama, daripada 29 sampai 1 Ogos sahaja dan hari raya pertama saya akan beraya di Kuala Lumpur dahulu sebelum pulang pada Syawal yang kedua,”cerita Sabhi yang ditemui di majlis berbuka puasa bersama Laugh Out Loud Entertainment (LOL) yang merupakan syarikat pengurusan artis milik Dafi bersama rakan kongsi Afeeq Abd Wahab.
Penyanyi yang bakal tampil dengan single baru Percuma itu akan pulang ke Kinabatangan, Batu Putih, Sandakan berhari raya tanpa ditemani isteri dan anak tersayang. Isterinya yang dijangka bersalin pada bulan Ogos depan pula pulang berhari raya di Kuantan.
Tahun lalu Sabhi dilanda kontroversi yang mencalarkan reputasinya apabila bertindak merahsiakan perkahwinannya dengan gadis yang berasal daripada Kelantan selama setahun sebelum tampil mendedahkan status sebenarnya.
Sabhi Saddi mengakui bawah dia sengaja merahsiakan perkahwinannya daripada pengetahuan media namun begitu para peminat yang sering berhubung dengannya tahu mengenai hal sebenar.
Pasangan ini telah memiliki cahaya mata Sofea Reesya yang berusia setahun 4 bulan dan isterinya kini mengandung hampir 8 bulan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.