Awi Rafael Jawab Status Hubungan Dengan Gadis Singapura
“Saya tidak ada komen apa-apa mengenai perkara itu,” tutur penyanyi Awi Rafael apabila diajukan mengenai kisah kononnya dia kini bercinta dengan seorang gadis berasal dari Singapura.
“Saya datang sini untuk berkarier dan tidak suka cakap pasal benda privasi. Kawan-kawan saya juga tahu yang saya memang tak suka bercakap pasal perkara peribadi. Alhamdulillah kerana kisah mengenai kerjaya saya lebih banyak dari gosip, jadi lebih baik dikekalkan sebegitu,” ujar Awi.
Awi ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Hotel Royale Chulan Damansara pada Rabu turut menafikan dia berahsia mengenai perhubungannya sekarang kerana serik dengan pengalaman percintaannya yang lepas.
“Bagi saya setiap benda yang berlaku itu ada hikmahnya. Saya memang tak ada apa-apa hubungan dengan gadis Singapura seperti yang dimaksudkan. Kalau ada apa-apa, saya akan cerita tapi buat masa sekarang, saya ‘single’ dan ‘private’.
Awi Tidak Berdisiplin?
Ketika ditemui, pelantun lagu ‘Kalau Aku Kaya’ ini turut ditanya tentang isu kononnya dia tidak berdisiplin apabila gagal menghadiri ke sesi program segmen pagi bersama sebuah stesen radio baru-baru ini.
“Selepas empat tahun dalam industri, di mana setahun ada 365 hari dan bayangkan setahun ada 80 sesi temubual. Jika dikalikan dengan empat tahun, kesemuanya ada 320 sesi temubual dan hanya sekali itu saja insiden tersebut terjadi. Saya tak pernah lambat sebelum ini,” ujar Awi kepada GUA.
Saya juga manusia biasa, kadang-kadang tidur lambat dan ada kalanya bangun lambat. Saya bangun lambat kerana ada rakaman dan sudah tentu saya rasa bersalah mengenai perkara ini. Tapi masalah itu sudah pun diselesaikan dengan pihak yang terlibat dan semuanya berjalan dengan lancar.
Stesen radio tersebut pun masih lagi menyokong saya, begitu juga sebaliknya di mana saya juga menyokong mereka. Bagi saya, apa yang berlaku hanyalah masalah komunikasi sahaja,” ulas Awi mengakhiri perbualan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.