Shila Amzah dan Zhang Jie Bersaing Jumlah Undian Di Weibo

Shila Amzah dan Zhang Jie Bersaing Jumlah Undian Di Weibo

Shila Amzah dan Zhang Jie Bersaing Jumlah Undian Di Weibo


Shila Amzah bertanding di dalam final program realiti, I Am A Singer yang bakal berlangsung pada malam Jumaat ini

Walaupun dalam minggu ke-12 yang lalu, Shila Amzah hanya berjaya menduduki tempat ke-6 dalam pusingan semi final program realiti terbitan Hunan TV, China itu, namun anak kepada penyanyi ND Lala ini bernasib baik kerana bukan menjadi peserta paling terakhir yang disingkirkan di dalam program tersebut.

Apapun dalam pusingan final minggu ke-13 ini, Shila Amzah bakal beraksi dengan 2 lagu iaitu Halo daripada Beyonce serta Tibetan Plateau yang pernah dipopularkan penyanyi lagenda China bernama LI Na bersama 6 lagi peserta lain termasuk rakan senegara iaitu Gray Chaw.

Ramai yang memberikan tumpuan terhadap Shila apabila dia bercadang untuk membawakan kedua-dua lagu ini di dalam pusingan final. Lebih-lebih lagi Tibetan Plateau yang merupakan lagu folk tradisional Cina yang disifatkan mampu mencabar vokalnya kerana nada lagu tersebut mempunyai beberapa lapisan dan sangat tinggi.

Biarpun ramai yang menganggap bahawa kedua-dua lagu itu merupakan pilihan yang cukup baik buat Shila Amzah, namun ia bukanlah laluan yang selesa buat Shila Amzah untuk terus mara dalam pusingan Grand Final.

Malah, ramai yang berpendapat bahawa persaingan yang ditempuhi Shila di dalam pusingan final ini akan bertambah sengit menerusi kebangkitan peserta-peserta lain.

Malah, persaingan juga dapat dilihat menerusi undian di laman sosial Weibo. Petang tadi, Shila telah berjaya mendahuli peserta lain dari segi jumlah undian. Kini, kedudukan Shila telah disaingi oleh Zhang Jie, manakala G.E.M dan Zhou Bichang pula cukup agresif mengejar kedudukan Shila Amzah.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers