Adira Masih Bersama Shahrul, Ada Sebab Padam Gambar Kekasih

Adira Masih Bersama Shahrul, Ada Sebab Padam Gambar Kekasih

Adira Masih Bersama Shahrul, Ada Sebab Padam Gambar Kekasih


Adira mengesahkan dia dan kekasihnya, Shahrul Nasrun Kamarudin masih bersama dan menjalinkan hubungan cinta.

Adira yang menolak dakwaan putus cinta itu menjelaskan tindakannya sebelum ini memadam gambar-gambar bersama kekasihNYA di laman sosial Instagram adalah bagi mengelak daripada segelintir peminat yang terus-terusan memberi reaksi kurang senang dan komen-komen negatif terhadap kemesraan mereka.

"Hubungan kami masih seperti dahulu.Baik sahaja. Tiada masalah.

"Mengenai gambar di dalam Instagram saya hanya padam gambar kami berdua sahaja, jika kami sudah putus masakan gambar dia seorang masih ada.

"Saya padamkannya selepas timbul banyak komen-komen peminat yang kurang senang dengan gambar kami bersama dan membuatkan saya tak selesa apabila gambar saya jadi medan untuk peminat dan pengikut lain bergaduh.

"Jadi untuk tidak mahu ianya menjadi lebih berpanjangan saya padamkan terus," katanya kepada murai.com.my

Adira ditemui selepas pementasan prebiu Konsert Stanza Cinta anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya semalam.

Pada malam itu, kekasihnya yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia itu turut hadir menyaksikan persembahan pelatun lagu Ku Ada Kamu berkenaan.

Bagaimana pun, Adira memberitahu dia sendiri terkejut dengan kehadiran kekasihnya dan akui gembira dengan kedatangan Shahrul.

"Saya tak tahu pun yang dia akan datang malam ini. Tetapi tadi selepas menyanyikan tiga lagu, pengurus pentas memberitahu saya ada seorang lelaki mencari saya.

"Daripada gambaran yang diberikan oleh pengurus pentas itu, saya dapat mengagak yang individu itu adalah Shahrul.

"Bila tahu dia ada, saya lebih bersemangat untuk membuat persembahan. Malah dia sempat bertemu dengan saya di belakang pentas," beritahunya.

Pada konsert itu Adira mendedangkan lagu seperti, 'Dewi Cinta', 'Ku Ada Kamu' juga lagu 'Cinta', duet bersama Jac.

Konsert Stanza Cinta akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 4 dan 5 April 2014. Barisan artis popular lain yang turut menjayakan konsert ini seperti Noh Salleh, Amy Search dan Haziq.

Dalam perkembangan lain, Adira bakal membuat persembahan bersama bekas kekasihnya Hafiz, sempena Minggu Setiausaha yang akan diadakan di Dewan Matrade, Kuala Lumpur pada 22 April ini. Selain dia juga akan melancarkan album terbaru pada 29 Mei depan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers