Daphne Iking Tak Kisah Travel Budget Ke AS Dengan Suami
Siapa yang tidak kenal pengacara popular Daphne Iking. Tugasnya siang dan malam tidak henti-henti dengan bidang pengacaraan mahupun sebagai hos bagi sesebuah acara rasmi ataupun tidak.
Oleh kerana itu, pasti ramai yang beranggapan pengacara dari stesen TV NTV7 itu langsung tidak mempunyai masalah untuk melancong dengan cara paling bergaya lagi mewah ke destinasi pilihan hatinya.
Namun sebaliknya, Daphne Iking yang dihubungi portal murai.com.my berkata dia tenyata memilih cara yang lebih menjimatkan dengan mencari tawaran harga paling berpatutan untuk menjelajah sekitar Amerika Syarikat (AS) bersama-sama suaminya, Joe ketika ini.
Dia yang kini berada di bandaraya New York berkata, dia langsung tidak kisah untuk menaiki penerbangan kelas ekonomi asalkan mendapat tempat duduk yang selesa untuk mereka berdua.
“Saya selesa dengan peberbangan kelas ekonomi tetapi tak kesah bayar sedikit untuk mendapatkan tempat duduk yang memiliki ruang kaki yang luas. Jadi kami akan rasa selesa sepanjang penerbangan itu nanti.
“Kami cuba menyimpan dan dari situ kami membuat tempahan lebih awal menerusi Expedia untuk mendapatkan tawaran terbaik untuk penerbangan dan kami memilih carian airbnb untuk mendapatkan tempat tinggal paling selesa tetapi berpatutan.
“Saya dan suami sering mencari sesuatu yang murah tetapi tempat tinggal yang bagus seperti dekat dengan subways dan pasaraya yang memudahkan saya mendapatkan makanan.
“Lagipun pula kami akan sentiasa berada di luar dan tempat tinggal hanya diperlukan untuk mandi dan tidur saja,” kongsi Daphne Iking berkenaan cara dia dan suami apabila pergi melancong.
Kata Daphne Iking lagi, jika dirinya sangat bijak dalam merancang perjalanan, suaminya pula seorang individu yang pintar dalam soal membaca peta dan juga memandu, sekaligus menjadikan mereka pasangan paling serasi ketika melancong.
Akan berada di AS sehingga 18 April ini, dia dan suami akan berada di New York sehingga 7 April ini untuk melihat beberapa tarikan utama di bandaraya Epal berkenaan termasuk menikmati pengalaman berjoging di hutan bandar terkenal di sana iaitu Central Park.
Dia juga tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan persembahan broadway, persembahan komedi dan jika berkesempatan ingin melihat program bual bicara The Letterman Show.
Seterusnya, pasangan itu akan mengembara ke Philadelphia melalui Newark dan akan singgah ke Washington DC untuk melihat beberapa tarikan lain.
“Kami akan Nashville kerana secara peribadi saya memang sukakan muzik country dan gemarkan siri Nashville. Jadi saya sangat teruja untuk melawat Bluebird Café apabila di sana nanti.
“Kami juga akan ke Graceland kerana sejak dari kecil saya telah jatuh cinta dengan Elvis Presley, jadi saya ingin melihat kediamannya di sana,” katanya.
Penjelajahan Daphne Iking bersama suami akan berterusan ke Niagara Falls dan mereka tidak mahu melepaskan peluang melawat komuniti masyarakat Amish apabila berada di sana nanti.
“Selepas insiden MH370, penjelajahan saya kali ini membuatkan saya dan suami lebih sensitif dengan apa yang kami tinggalkan di Malaysia sekiranya apa yang akan berlaku terhadap kami berdua,” pesannya sebagai peringatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.