MIG Salur Lebih 100 Filem Buat Dunia Sinema

MIG Salur Lebih 100 Filem Buat Dunia Sinema

MIG Salur Lebih 100 Filem Buat Dunia Sinema


Metroweath International Group (MIG) buat pertama kalinya berkerjasama dengan perkhidmatan TV berbayar di Malaysia, HyppTV dalam saluran Dunia Sinema untuk membekalkan filem-filem Melayu keluaran syarikat produksi itu kepada pelanggan televisyen tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, berkata, dari semasa ke semasa dia sudab punya 103 buah filem menarik untuk dibekalkan bagi saluran Dunia Sinema itu untuk jangka masa setahun.

"Bagi saya ini satu sejarah baru bagi industri hiburan tempatan apabila MIG dipertanggungjawabkan sepenuhnya membekal filem-filem untuk ditayangkan di satu-sarunya saluran filem berbahasa Melayu ini.

"Kami bangga sejak tahun 2000 penerbitan MIG telah menerbitkan lebih 100 buah filem. Berbekalkan jumlah filem kami yang banyak ini dapat manfaatkan sehabis baik bagi menyajikan filem-filem terbaik buat penonton," katanya kepada murai.com.my

David Teo ditemubual dalam sidang media Dunia Sinema selepas pelancaran saluran TV tersebut di Menara TM semalam.

Selain itu, tambah David, sebagai permulaan pelbagai filem terbaik merangkumi semua genre akan ditawarkan dalam satu pakej dengan harga RM10 sebulan bermula pada 1 April depan.

"Kita akan pilih 10 buah filem pelbagai genre untuk disiarkan secara berulang kali selama sebulan dengan bayaran yang cukup murah.

"Ia bagi tempoh percubaan selama enam bulan dan jika mendapat sambutan, kita akan menambah bilangan kepada 15 buah filem sebulan," katanya.

Saluran filem Melayu pertama iaitu Dunia Sinema yang boleh ditonton melalui HyppTV bukan hanya menawarkan filem-filem di bawah terbitan Metroweath International Group (MIG) sebaliknya turut memberi ruang kepada karya penerbit lain.

Naib Presiden Eksekutif, New Media TM, Jeremy Kung, berkata, pihak mereka turut membuka peluang kepada penerbit-penerbit lain membekalkan koleksi filem-filem yang mereka hasilkan walaupun MIG mendapat hak sebagai penyedia kandungan bagi saluran itu.

"MIG diberi tanggungjawab untuk mengisi kandungan kepada saluran Dunia Sinema ini berdasarkan kemampuan syarikat itu menyediakan kandungan yang mencukupi.

"Bagaimanapun kami juga membuka peluang kepada mana-mana syarikat produksi lain untuk menayangkan filem-filem terbitan mereka tidak kira baru atau lama," jelasnya.

Majlis turut diserikan dengan beberapa artis popular seperti Diana Danielle, Shaheizy Sam, Nad Zainal dan artis-artis di bawah naungan syarikat produksi itu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers