Nina Iskandar Akui David Teo Restu Pertunangannya Ogos Ini
Meskipun baru setahun jagung menapak dalam industri hiburan, namun nama pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar ini sudah mula dikenali apabila pada kemuncalan awalnya sudah timbul gosip mendakwa dia bercinta dengan usahawan muda, Adib Khalid iaitu anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).
Nina Iskandar, 23, bagaimana pun sudah menafikan hubungan cinta itu dan memberitahu Adib hanyalah peminatnya dan mereka hanya berkawan.
Terbaru, Nina yang ditemui dalam majlis prebiu filem Lu, Gua Bro! terbitan Metrowealth (MIG) di Sunway Pyramid itu mendedahkan dia kini sudah pun mempunyai teman istimewa dan bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Ahmad Heiqal, 30, pada Ogos Ini.
“Sebenarnya saya sudah ada teman istimewa sejak setahun yang lalu. Malah kami akan bertunang pada Ogos ini. Kami sudah mula berkenalan sejak saya mula bertapak di Malaysia.
“Dia seorang yang memahami diri dan kerjaya saya. Malah ketika gosip saya dan Adib keluar, dia sendiri tahu apa yang berlaku dan sentiasa menyokong saya.
“Saya harap selepas ini, saya tidak lagi dikaitkan dengan gosip bercinta dengan Adib demi menghormati keluarga tunang saya,” katanya kepada murai.com.my
Nina yang sudah setahun bernanung di bawah syarikat MIG itu telah menandatangi kontrak selama 5 tahun bersama syarikat produksi itu sejak tahun lalu.
Ditanya, adakah Mejar (K) Davide Teo memberi kebenaran untuknya mengikat tali pertunangan sedangkan dia masih punya 4 tahun kontrak bersama syarikat itu, Nina bagaimana pun memberitahu produser itu sangat memahami dirinya dan merestui pertuangannya.
“Sebenarnya, saya sendiri sebelum ini telah bercakap dan berbincang dengan David Teo tentang hubungan saya dan hasrat saya untuk bertunang. Pertunangan adalah ikatan yang suci dan saya rasa David sendiri tidak dapat menghalangnya dan dia sendiri akui telah merestuinya.
“Lagipun, kami baru bertunang dan belum merancangan untuk berkahwin lagi. Namun saya tdiak menolak jika jodoh saya sampai dalam masa terdekat,” jelasnya lagi.
Nina yang muncul dengan filem pertamanya Muka Surat Cinta pada awal tahun lalu kini bakal tampial dengan sebuah filem komedi baru berjudul Lu, Gua Bro bersama pelakon lain seperti Zlaif Sidek, Epy Kodiang dan ramai lagi.
Filem arahan Ismail Bob Hashim itu akan menemui penonton di panggung seluruh Malaysia bermula 27 Mac ini.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.