Anuar Zain Menangis Kala Memikirkan Apa Yang Telah Ditempuhi #MH370
Lebih dari 10 tahun penyanyi pujaan ramai, Shahrul Anuar Zain atau Anuar Zain mendambakan diri dan bertugas di awan biru sebagai pramugara sekitar tahun 1990 hingga 2000. Walaupun sekian lama meninggalkan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), tragedi pesawat MH370 telah meninggalkan kesan yang amat berbekas di hati penyanyi ini.
“Kalau saya masih lagi berkhidmat sebagai pramugara MAS, tidak mustahil saya juga mungkin sebahagian daripada krew kabin yang bertugas di dalam pesawat penumpang tujuan Beijing tersebut.
“Bila teman menghubungi dan memberitahu mengenai tragedi ini, ia tambah memilukan apabila mengetahui bahawa diantara anak kapal yang bertugas untuk MH370, 8 Mac itu turut melibatkan dua kenalan saya.
“Ketua Pramugara bertugas, Andrew Nari dan penyelia penerbangan, Patrick Francis Gomes adalah dua individu yang mempunyai rekod pencapaian cemerlang serta memiliki keperibadian tinggi yang sekian lama menjadi kebanggaan buat MAS.
“Sehingga saat ini tidak dinafikan perasaan pilu terus dirasakan apabila cuba meneka apa yang terjadi dan apa yang harus mereka lalui sebelum pesawat dikatakan hilang,”ucap Anuar ketika ditemui pada sidang akhbar penundaan persembahan Minggu Setiausaha istimewa 'Terindah... Anuar Zain di Zebra Square, Selasa, semalam.
Persembahan eksklusif Anuar Zain yang dijadualkan bermula 8 April itu terpaksa ditunda kepada 29 April depan. Keputusan itu dibuat bagi menghormati keluarga dan individu yang berkaitan dengan penumpang dan anak kapal MH370.
Bicara Anuar berdasarkan pengalaman dan juga pengetahuan yang diperoleh sepanjang tempoh menjadi pramugara, Anuar memohon serta meminta supaya sebarang berita berbentuk spekulasi dan penyebaran maklumat tidak sah di dunia maya dihentikan.
“Mungkin mereka yang memperlekehkan pihak tertentu, mempersendakan segala ikhtiar dan usaha menyelamat menyebarkan teori dan info tidak sah ini tidak mengenali atau mempunyai ikatan dengan penumpang MH370. Sebaik sahaja mendapat tahu, air mata saya terus mengalir laju dan saya gagal menahan sebak.
“Diharapkan semua rakyat Malaysia khususnya lebih sensitif kepada persekitaraan yang harus dilalui orang lain. Cubalah untuk terus memanjatkan doa serta tidak menyebarkan perkara yang tidak menyumbang kepada apa-apa maklumat.
“Rekod baik MAS juga pesawat Boeing 777 juga turut tercalar akibat insiden ini namun ia diluar bidang kuasa manusia secara umumnya bila memperkatakan mengenai tragedi sebegini. Saya juga berharap bahawa masyarakat tidak trauma akibat kejadian ini kerana menggunakan pengangkutan udara adalah medium pengangkutan paling selamat berbanding yang lain,”tambahnya lagi yang cuba melahirkan rasa tanggungjawab serta prihatin kepada bencana yang telah berlangsung hampir 19 hari pada hari ini, Rabu.
Pesawat MAS yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas sehinggalah ia disahkan berakhir di Lautan Hindi dalam pengumuman tergempar yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada malam Isnin lalu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.