Pelakon Kecewa Gambar Disalahguna Untuk Pemerdagangan Bayi
Pelakon drama popular Ariana Rose, Sharisa Haris Chong, 25, kecewa gambar dan maklumat peribadinya disalahguna melalui laman sosial Facebook palsu bagi menjalankan kegiatan pemerdagangan bayi sejak lebih setahun yang lalu.
Sharisa Haris Chong atau mahu dikenali sebagai Sharisa Chong berkata dia sudah tidak boleh mendiamkan diri lagi apabila ramai peminatnya percaya akaun Facebook berkenaan miliknya dan memakinya kerana menipu duit peminat hingga ribuan ringgit.
"Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.
"Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar," katanya pada sidang media bersama Persatuan Karyawan Malaysia, di Plaza Damansara, semalam.
Selepas kejadian, Sharisa memberitahu dia terus membuat siasatan sendiri dan mendapat tahu pemilik akan Facebook itu adalah kenalannya sebelun ini iaitu bekas pembantu jurusolek dan penjaga pakaian sebuah syarikat produksi.
"Apabila saya siasat melalui nombor akaun bank yang diberikan kepada mangsa dan mendapati wanita tersebut merupakan seorang yang penah bekerja dengan saya dua tahun lalu.
"Dia ambil gambar saya bersama seorang anak saudara saya dan memberitahu bahawa kanak-kanak itu adalah anak saya dan baru sahaja meninggal dunia.
"Oleh itu dia minta sesiapa yang simpati agar memberi sumbangan atau sudi untuk mengambil anak-anak saya yang lain sebagai anak angkat dengan bayaran tertentu,"jelasnya lagi.
Sementara itu, pelakon yang juga membintangi drama Teduhan Kasih tersebut mengakui, kes berkenaan turut menjejaskan reputasinya sebagai pelakon baru.
"Disebabkan perkara ini ramai yang memboikot dan tidak mahu menonton lakonan saya dalam drama Ariana Rose yang ketika itu sedang ditayangkan di televisyen.
"Malah ada juga yang marah dan maki saya di laman sosial dengan melemparkan kata-kata kesat," luahnya.
Sharisa kemudian membuat laporan polis di daerah Petaling.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya akan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tindakan segera dapat diambil.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.