Hormati Tragedi Mh370, Promosi Filem Zombi Kilang Biskut Dihentikan

Hormati Tragedi Mh370, Promosi Filem Zombi Kilang Biskut Dihentikan

Hormati Tragedi Mh370, Promosi Filem Zombi Kilang Biskut Dihentikan


Pengarah filem Mamat Khalid telah membatalkan semua promosi terhadap filem terbarunya, Zombi Kilang Biskut yang telah pun mula ditayangkan di pawagam sejak 20 Mac lalu bagi menghormati insiden pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menerusi laporan mStar Online, Mamat berkata sehingga kini promosi yang dirancang membabitkan beberapa pelakon popular sepanjang filem itu ditayangkan turut dibatalkan.

Pengarah itu turut menambah, jika boleh dia tidak mahu filem ini ditayangkan sama sekali buat masa ini, namun begitu ia sudah ditetapkan oleh pihak wajib tayang.

"Seperti yang kita tahu negara sedang bersedih. Saya telah membatalkan semua promosi yang telah dirancang sepanjang filem itu ditayangkan termasuk promosi besar-besaran menyerang panggung bersama semua pelakon Zombi Kilang Biskut," katanya ketika dihubungi mStar Online, semalam.

Ditanya pula tentang kutipan tiket selepas beberapa hari filem tersebut ditayangkan, Mamat berkata, dia hanya pasrah dengan hasil kutipan yang bakal diperoleh.

Baginya, pihak penerbitan sudah tidak boleh mengharapkan seperti sasaran awal kerana perkara sebegini sukar dijangkakan, namun bersyukur kerana setakat tiga hari tayangan ia berjaya mendapat RM530,000.

Tambah Mamat, dia tidak berasa kesal atau sedih dengan kutipan yang terjejas akibat kejadian tersebut, malah turut bersimpati terhadap keluarga serta nasib penumpang dan anak kapal yang terlibat dengan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Mamat berharap tayangan filem ini akan dilanjutkan bagi memberi peluang kepada penonton memandangkan seluruh rakyat Malaysia kini sedang bersedih dengan insiden tersebut.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers