David Correy Teruja Jadi Duta Lagu Tema Coca-cola

David Correy Teruja Jadi Duta Lagu Tema Coca-cola

David Correy Teruja Jadi Duta Lagu Tema Coca-cola


Finalis rancangan realiti X-Factor Amerika Syarikat, David Correy telah dipilih sebagai duta lagu tema Coca-Cola untuk kempen Piala Dunia 2014, The World Is Ours.

Menariknya lagu The World Is Ours itu akan dipersembahkan bersama tiga artis tempatan iaitu Ajai, pemenang anugerah Juara Lagu dan penyanyi popular; Soo Wincci, bekas Ratu Malaysia yang juga seorang penyanyi popular: dan pemuzik handal, Mista G.

The World is Ours mengunakan vokal pop Correy yang bertenaga dan bernada tinggi dengan adunan ritma samba, baile funk, hip-hop dan technobraga dalam suatu irama unik ala Brazil untuk hidangan peminat bola sepak serta pencinta muzik di seluruh dunia.

Teruja dengan pelantikannya sebagai duta lagu tema Coca-Cola, David Correy berkata, tawaran untuk bekerjasama dengan Coca-Cola adalah satu penghormatan yang luar biasa buat dirinya.

"Dalam hidup saya setakat ini, saya amat bersyukur kerana dapat mengecapi dua impian: dipertemukan dengan ibu kandung saya dan mendapat kontrak rakaman dengan Coca-Cola," ujar Correy.Mengikut David Correy, beliau amat terharu apabila mendengar lagu “The World Is Ours” buat kali pertamanya.

"Dua baris pertama liriknya - ‘Run like you’re born to fly, Live like you’ll never die’ – mentakrifkan prinsip saya dalam menghadapi sebarang cabaran yang bakal mendatang.

"Segala isi hati saya seolah-olah dilafazkan dalam lirik lagu ini dan saya percaya semua orang dapat merasai suka duka kehidupan yang pernah saya alami melalui lagu ini," katanya yang berusia 27 tahun.

David Correy juga berkata, dia dibesarkan untuk menerima kepelbagaian dalam hidup

"Oleh itu, saya amat teruja dengan lagu yang dapat memuaskan cita rasa semua budaya di dunia ini. Saya juga bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan artis-artis lain untuk membawa mesej yang amat bermakna dalam lagu ini kepada para peminat kami," katanya lagi.

David Correy berasal daripada kawasan favelas di Brazil yang agak mundur. Nasibnya kian berubah cerah apabila dipilih sebagai finalis X-Factor.

Keistimewaan suara, kisah hidup dan sikap optimisnya telah memikat hati para juri dan penonton X-Factor di Amerika Syarikat pada tahun 2012.

Dalam satu episod rancangan uji bakat realiti itu, Correy pernah menyuarakan hasrat untuk dipertemukan dengan ibu kandungnya yang terpisah. Melalui bantuan daripada akhbar Brazil, akhirnya beliau dapat berjumpa dengannya.

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers