Cintai Alam, Nita Hamzah Jadi Duta Save Our Rainforest Race 2014

Cintai Alam, Nita Hamzah Jadi Duta Save Our Rainforest Race 2014

Cintai Alam, Nita Hamzah Jadi Duta Save Our Rainforest Race 2014


Penglibatan Naib Juara Malaysia Idol 2, Nita Hamzah secara aktif dalam aktiviti selam skuba memang telah diketahui umum.

 Namun, tidak ramai yang tahu bahawa dia telah menghabiskan masa selama 2 tahun untuk di pulau Mabul dan Tioman untuk memahirkan skil dalam selam skuba.

Kini, Nita Hamzah sudah pun memiliki lesen menyelam sebagai pembantu jurulatih menyelam.

Sebagai seorang yang mencintai alam, gadis berbintang Scorpio ini yang cukup lasak ini akan melakukan apa saja supaya dirinya dekat dengan alam sekitar.

Tidak hairanlah mengapa dia telah dipilih untuk menjadi duta Save Our Rainforest Race 2014 iaitu sebuah program amal sambil beriadah iaitu larian sejauh 10km.

“Apabila pihak PEKA Malaysia memberitahu saya mengenai perkara ini saya terus bersetuju untuk turut serta dan gembira apabila mereka memilih saya bersama selebriti lain untuk menjadi duta bagi acara amal pada 29 Mac ini.

“Kami akan berlari sejauh 10km bersama satu anak pokok yang akan ditanam di penghujung garisan penamat iaitu di hutan simpan FRIM di Sungai Besi.

"Ini merupakan satu acara yang menarik juga. Saya memang dahulunya aktif bersukan dan memang seronok dapat bersama-sama beriadah sambil menjaga alam sekitar kita,”ucapnya kepada murai.com.my

Selain Nita Hamzah, antara barisan seebriti lain yang turut menjayakan program amal, Save Our Rainforest Race 2014 iaitu Daniel Malaysia Idol serta Rina Omar.

Sebelum ini, Nita tidak ketinggalan mengikuti Astro Kasih yang berjaya mengumpulkan beratus-ratus penyelam untuk membersihkan laut di beberapa pulau sekitar Kota Kinabalu, Sabah dan nama mereka diabadikan di dalam Guinness World Record sebagai rekod kerja-kerja pembersihan dasar pantai terbesar melalui kaedah penyelaman selama 168 jam.

Nita merupakan salah seorang daripada 134 penyelam menyertai aktiviti sukarelawan Astro Kasih selain penyelam-penyelam lain dari seluruh dunia.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers