Pelawak Ali Mamak Kembali ke Rahmatullah Akibat Komplikasi Paru-paru

Pelawak Ali Mamak Kembali ke Rahmatullah Akibat Komplikasi Paru-paru

Pelawak Ali Mamak Kembali ke Rahmatullah Akibat Komplikasi Paru-paru


Pelakon dan pelawak terkenal era 80-an, Datuk Ali Mamak disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Ali atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru dan kanser tahap kedua dan perkara ini disahkan anak lelaki beliau, Shahrol Nizam menerusi laman Facebook peribadinya.

Allahyarham yang popular menerusi sitkom ‘Santan Berlada’ merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka dan sudah 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air.

Allahyarham telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Di samping berlawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang rentak lagunya sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial berkenaan isu semasa yang berlaku di negara ini.

Allahyarham juga merupakan peserta kerusi panas Maharaja Lawak Mega 2013 bersama Aziz Kota dan Fida dalam Kumpulan Santan.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers