USA Jadi Destinasi Pilihan Selebriti Bercuti Hujung Tahun

USA Jadi Destinasi Pilihan Selebriti Bercuti Hujung Tahun

USA Jadi Destinasi Pilihan Selebriti Bercuti Hujung Tahun

Sebelum sambutan Krismas sehingga sekarang,ramai sungguh selebriti yang telah terbang meninggalkan tanah air tercinta untuk berlibur ke beberapa destinasi percutian hebat di luar negara.

Bukan main hebat lagi kerana masing-masing tak mahu ketinggalan memuat naik foto dan video percutian mereka di laman Instagram mereka untuk berkongsi detik serta peristiwa istimewa sepanjang sesi percutian mereka itu.

Namun, daripada tinjauan portal Murai.com.my, rata-rata selebriti telah memilih beberapa bandar besar di Amerika Syarikat (AS) dan pulau indah Bali sebagai destinasi percutian, sama ada bersama keluarga mahupun rakan tersayang.

Pelakon Eja merupakan antara selebriti terawal bercuti ke luar negara bersama keluarganya dan kali ini pelakon jelita itu telah memilih AS untuk melepaskan keletihan selepas hampir setahun bekerja.

Eja bersama suami dan anak kesayangannya, Nur Eishal kini sedang asyik bermain salji di Lake Tahoe, California yang merupakan destinasi percutian idamannya sejak sekian lama.

Kelihatan sungguh kegembiraan di wajah Eja seisi keluarga yang seakan tidak mahu lekang daripada keseronokan bermain salji di sana.

Pelakon dan pengacara sensasi,  Neelofa pula telah terbang ke London sejak seminggu lalu bersama-sama teman rapatnya termasuk pereka fesyen Rashid WanPa untuk meraikan sambutan tahun baru di sana.

Bagaimanapun kini Neelofa sedang berada di Hollywood menikmati cuaca paling menarik di negara berkenaan sambil mengunjungi Universal Studios, siap merakamkan moment selfie bersama watak ikonik Transformers.

Sementara itu pasanga romantik, Lisa Surihani dan Yusry KRU pula kini dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas seronok meraikan tahun baru di Florida walaupun terpaksa berhadapan dengan cuaca sejuk.

Daripada foto dan video yang dikongsi Lisa Surihani di Instagram peribadinya, mereka telah meraikan tahun baru di kota percutian Disneyland sambil menyaksikan keindahan percikan bunga api yang cukup mempersona.

Bagi pelakon dan pelawak popular Zizan Razak, keletihan beraksi di atas pentas Bahayanya Wanita terubat apabila dapat berkunjung kebeberapa bandaraya hebat di AS seperti San Francisco dan Las Vegas.

Tidak sendirian, kunjungan Zizan ke sana nampaknya telah ditemani penyanyi muda cantik, Kaka Azraff, pelakon sensasi Emma Maembong  dan juga pengurus mereka, Marina Juki.

Selamat bercuti kepada anda semua dan semoga 2014 akan memberi lebih tuah dalam kehidupan anda.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers