Dato’ Siti Nurhaliza Buat Konsert Amal Eksklusif
Membuka lembaran tahun 2014, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza bakal tampil dengan sebuah konsert amal eksklusif iaitu ‘Dato’ Siti Nurhaliza Live in Kuala Lumpur Convention Centre – Where The Heart Is’.
Bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, konsert amal terbabit bakal berlangsung pada tanggal 7 dan 8 Februari 2014 bermula pada jam 8.00 malam. Yayasan Nurjiwa merupakan penganjur utama konsert ini dengan kerjasama Siti Nurhaliza Production dan juga SimplySiti Sdn Bhd.
Menurut Siti, konsert tersebut akan berlangsung selama hampir dua jam dan semua hasil jualan tiket konsert amal ini bakal disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa bagi tujuan kebajikan. Bakal membawa konsep santai dan lebih personal, Siti mahu konsert amal ini berada dekat dengan hati penonton yang bakal menghadirkan diri untuk berhibur sambil beramal.
“Saya akan menyanyikan lebih 14 buah lagu. Pada dua malam tersebut, saya akan menyanyikan lagu-lagu yang berunsurkan positif dan pemilihan lagu juga akan datang daripada pelbagai genre. Saya akan mendendangkan seleksi lagu popular saya dan juga lagu-lagu malar segar lain yang mesra pendengar,” ujar Siti ketika ditemui di sidang media konsert tersebut di Menara Atlan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Isnin.
Tambah Siti, dia akan menggunakan khidmat mini orkestra untuk mengiringi persembahannya pada malam konsert tersebut. Bakal menampilkan warna putih sebagai tema, reka bentuk pentas dan juga peralatan bagi konsert itu nanti juga akan menggunakan warna putih. Siti juga menggalakkan penonton yang bakal hadir pada malam tersebut sama-sama menyarungkan busana rona putih agar tema yang dinginkan berjaya direalisasikan.
Dalam pada itu, Siti juga sempat berkongsi pengalamannya dalam misi menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Pahang yang dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa pada Disember yang lalu.
“Sukar untuk dijelaskan bagaimanakah perasaan saya apabila sama-sama dapat membantu untuk meringankan beban mereka yang menjadi mangsa banjir pada penghujung tahun lalu. Melihat wajah mereka yang gembira apabila menyambut bantuan Yayasan Nurjiwa berikan, cukup untuk menggembirakan hati saya. Bagi saya, tanggungjawab itu perlu ada pada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang kurang bernasib baik,” ujar Siti lagi.
Tiket bagi Konsert ‘Dato’ Siti Nurhaliza Live in Kuala Lumpur Convention Centre – Where The Heart Is’ adalah terhad dan boleh didapati pada harga RM 800, RM 518, RM 388, RM 238, RM 118 dan RM 88 secara online melalui www.redtix.airasia.com bermula 13 Januari 2014. Untuk pembelian secara korporat, sila hubungi Cinta Shafiyana dari SimplySiti di talian 03-2163 8383.
Selain itu, ada tawaran istimewa ke atas pengguna barangan kosmetik SimplySIti di mana 100 pembeli yang pertama yang membeli barangan SimplySiti berjumlah RM150 ke atas di www.simplysiti.com.my sebelum 1 Februari 2014, akan mendapat tiket percuma ke Konsert ‘Dato’ Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is’.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.