Dato' Ac Mizal Tak Terasa Hati Jadi Subjek Peserta Mlm 2013!

Dato' Ac Mizal Tak Terasa Hati Jadi Subjek Peserta Mlm 2013!

Dato' Ac Mizal Tak Terasa Hati Jadi Subjek Peserta Mlm 2013!

Pengacara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013), Dato' AC Mizal akui tidak pernah terasa hati apabila dirinya telah dijadikan subjek oleh segelintir peserta program lawak tersebut setiap kali mereka beraksi di atas pentas.

"Saya bangga! Untuk meraih perhatian, kita perlu lakukan sesuatu. Bermakna, ada sesuatu yang saya lakukan mendapat perhatian mereka.

"Kita bekerja sebagai satu kumpulan daripada pengacara, peserta, juri, sehingga krew belakang tabir. Setiap orang perlu bergerak agar rancangan itu tidak bosan.

"Sebagai mata di atas pentas, saya boleh nampak apa yang penonton mahukan. Selepas itu, saya sampaikan kepada semua agar rancangan itu berjaya.

"Jujurnya, saya tidak pernah terasa hati apabila dijadikan subjek, tapi kalau say abalas di atas pentas... faham-fahamlah ye! (ketawa).

AC Mizal juga memberitahu, walaupun lagu Apo Kono Eh Jang serta Al-Haq mendapat sambutan, namun dia tidak pernah bercadang untuk muncul dengan sebuah album studio.

"Tidak dalam tempoh terdekat ini. Secara peribadi, saya akan bekerjasama dengan penyanyi yang saya suka. Mereka menyanyi, saya rapping.

"Mungkin selepas ini, saya akan lakukan lebih banyak kolaborasi dan dari situ lagu-lagu dikumpul dan menjadikannya album penuh," katanya.

Sumber astroview


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers