Sari Yanti Nafi Cerewet Memilih Jurusolek
Sari Yanti menafikan bahawa dirinya cerewet dalam memilih jurusolek dan hanya menggunakan barangan solekan berjenama sahaja ketika melakukan sesi fotografi atau penggambaran.
Menerusi laporan mStar Online hari ini, Sari Yanti, 29, menjelaskan yang dia seorang yang cukup ringkas dalam segala hal termasuk dari segi solekan dan keterampilan diri.
Katanaya dia tidak pernah cerewet tentang solekan kerana kulit mukanya bukanlah yang jenis bermasalah dan boleh guna apa sahaja jenama solekan tidak kira ianya murah atau mahal.
Malah aktres itu turut mengakui yang dia kadang kala hanya menggunakan bedak jenama Pixie yang berharga RM10 sahaja dan tidak pernah membeli barangan mekap yang mahal
Sari berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di akhbar mingguan yang mendakwa dia hanya memilih jurusolek berpengalaman serta barangan mekap berjenama sahaja.
Tambah Sari, dia juga tidak pernah menolak mana-mana jurusolek yang disediakan untuk menghias wajahnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Sari berkata, dia baharu sahaja dilantik menjadi jurucakap kepada produk Jamu Ratu Dara.
Tambahnya, dia kini sibuk dengan rangka promosi dan penggambaran untuk produk tersebut selain menguruskan restoran Char Kuey Teow Simply Delicious yang baharu dibuka di The Strand, Kota Damansara di sini.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.