Lagu Duet Nyanyian Yuna Ke Pencalonan Awal Anugerah Oscar

Lagu Duet Nyanyian Yuna Ke Pencalonan Awal Anugerah Oscar

Lagu Duet Nyanyian Yuna Ke Pencalonan Awal Anugerah Oscar

Walaupun ini hanya pencalonan awal dan bersaing dengan 74 buah lagu lain, ini merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh penyanyi tempatan yang giat mencipta nama di Amerika Syarikat ketika ini, Yuna.

Lagu dendangan Yuna bersama kumpulan Owl City berjudul Shine Your Way yang juga merupakan runut bunyi (soundtrack) untuk filem animasi Hollywood telah berjaya disenaraikan untuk pencalonan awal anugerah Oscar.

Tidak meletakkan harapan tinggi untuk lagu duet beliau itu tersenarai dalam 5 pencalonan teratas dalam anugerah berprestij itu, Yuna tetap gembira dan teruja dengan pemilihan lagu tersebut ke anugerah Oscar ke 86.

Lagu Duet Nyanyian Yuna Ke Pencalonan Awal Anugerah Oscar


“Harapan saya, dapat terus menyumbang lebih banyak lagi bakat saya dalam filem akan datang, tidak kira di Hollywood atau di Malaysia,” ujar Yuna kepada Berita Harian hari ini.

Dalam perkembangan terbaru, Yuna juga telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dan beliau mengganggap itu sebagai satu sumbangannya kepada negara dan satu penghargaan buat dirinya.




Comments

  1. Replies
    1. insyaallah dengan berkat doa daripada farah pasti berjaya sama-sama kita semua berdoa agar rakyat Malaysia sentiasa berjaya kelak.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers