Dato’ Siti Nurhaliza Rancang Senarai SimplySiti Ke Bursa Malaysia
Jenama kecantikan milik Siti Nurhaliza, SimplySiti memang tidak perlu diperkenalkan lagi selepas dilancarkan tiga tahun lalu kerana ianya popular di kalangan penggemar kecantikan di Malaysia — malah produk SimplySiti kini sudah pun menembusi pasaran Timur Tengah.
Dek kerana kejayaan tersebut, Dato’ Siti Nurhaliza merancang untuk membawa SimplySiti Sdn Bhd selangkah ke hadapan dengan menyenaraikan syarikatnya itu ke Bursa Malaysia tidak lama lagi.
“Alhamdulillah, SimplySiti semakin berkembang. Saya target nak pastikan SimplySiti dapat masuk ke Bursa Saham. Saya tahu semua itu memakan masa dan perlukan strategi dan usaha yang lebih gigih daripada kami. Tapi saya yakin, ia tak mustahil,” ujarnya.
Penyanyi ini berkata demikian ketika majlis sidang media konsert amal Dato’ Siti Nurhaliza Live in KLCC: Where the Heart Is yang menyasarkan kutipan dana sebanyak RM4 juta untuk membantu golongan memerlukan. Maklumat lanjut di www.simplysiti.com.my.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.