Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari

Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari

Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari

Kasihan pula kami lihat Neelofa yang masih terpaksa menjawab persoalan ramai pihak tentang isu tangkapan khalwat yang tidak wujud dek kerana ramai yang tidak percaya.

Terbaru melalui Instagram, Neelofa mengirimkan bukti pembelian tiket penerbangan ke luar negara yang telah disahkan & dibeli jauh lebih awal dari tarikh beliau didakwa ditangkap khalwat iaitu pada 26 Disember 2013. Untuk mereka yang masih tidak percaya.

“Untuk mereka yang menganggap yang kononnya saya lari selepas dituduh dengan fitnah kes khalwat pada 26 Disember 2013. Ini adalah receipt saya yang ada tertera ISSUE DATE: 18Dec2013 TIME: 12.37pm,” tulis Neelofa semalam.

Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari


Neelofa turut menepis dakwaan yang kononnya beliau terbang ke luar negara untuk melarikan diri selepas tangkapan khalwat beliau dan berkata kisah beliau mahu menyambung pelajaran sudah diketahui sejak Oktober lalu.

“Dan sekali lagi, kalau betul saya terlibat dengan tuduhan yang tak masuk akal itu, pastinya saya tidak dapat ke luar negara dan harus ditahan untuk selesaikan kes tersebut. Bagi mereka yang memang mengikuti perjalanan kerjaya saya, cerita tentang saya mengambil short course in acting di New York Film Academy – LA campus dah mula keluar dari bulan October”

Okay selesai, puas hati? Sekarang kita layan saat saat awal Neelofa berada di Amerika Syarikat untuk memulakan pengajian pendek beliau dalam bidang lakonan.
















Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers