Radhi-O Masih Usaha Bebaskan Diri Daripada Dadah
Apabila seseorang terlibat dengan penagihan dadah, dia pasti dikecam hebat oleh masyarakat walaupun sudah berubah. Bagi vokalis kumpulan OAG, Radhi yang kini mahu dikenali sebagai Radhi-O, dia berdepan dengan situasi sukar pada fasa awal perubahannya.
“Penagih dadah ini sensitif. Dahulu apabila orang kata saya masih di bawah pengaruh dadah, saya akan teruskan hisap dadah. Apa guna saya berubah kalau orang masih anggap saya penagih,” luah Radhi ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Namun setelah mendapat rawatan pemulihan di Pengasih Malaysia, minda Radhi terbuka bahawa perubahan yang dilakukan adalah untuk kebaikan diri sendiri dan juga masa depan keluarganya.
“Sekarang, saya dah tak ambil peduli dengan kata-kata sinis masyarakat. Sebenarnya susah untuk seorang penagih untuk berhenti mengambil dadah. Tapi, saya bersyukur Pengasih banyak membantu saya. Bagi saya, setiap orang ada ‘turning point’ masing-masing. Alhamdulillah, melalui Pengasih saya dapat menilai diri sendiri,” ujar Radhi.
Radhi juga akui perubahannya menjadi lebih mudah dengan adanya teman di sisi. Gadis bernama Nur Shahirah Ayu Zahiri atau Ayu merupakan semangat untuk Radhi memperbaiki dirinya.
“Saya tak anggap Ayu kekasih. Tapi bagi saya Ayu adalah ‘recovery partner’. Dia selalu marah saya walaupun dia tahu saya tak akan dengar cakap dia. Tapi dia tak pernah serik untuk membantu memperbetulkan hidup saya. Walaupun umurnya muda, tapi Ayu sangat matang menangani kerenah saya,” jelas Radhi.
Selain itu Radhi juga memberitahu dia belum menetapkan sasaran untuk menyunting Ayu sebagai suri hidupnya kerana fokus utamanya kini adalah membebaskan diri daripada ketagihan dadah.
“Kalau boleh, saya nak kahwin hari ni juga. Tapi saya tak boleh kahwin selagi diri saya masih belum pulih. Saya tak tahu berapa lama saya akan ambil masa untuk pulih. Mungkin lima tahun, mungkin 10 tahun, mungkin dua atau tiga bulan lagi,” ujar Radhi.
Hubungan Radhi dan Ayu yang sudah terjalin sejak empat tahun lalu nampaknya tidak berhadapan dengan masalah kerana anak lelaki Radhi, Muhammad Rifdhi Muslim,8, begitu menyayangi Ayu dan memanggil Ayu dengan gelaran Bonda.
Muhammad Rifdhi Muslim merupakan anak hasil perkongsian hidup Radhi dengan bekas isterinya, Shazlin Sharif. Pasangan itu telah bercerai pada 8 Jun 2010.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.