Allahyarham Yasmin Ahmad Diberi Penghormatan Oleh Google

Allahyarham Yasmin Ahmad Diberi Penghormatan Oleh Google


Allahyarham Yasmin Ahmad Diberi Penghormatan Oleh Google


Bangga Murai Batu apabila ternampak wajah seseorang yang pernah menjadi pengarah tersohor Negara iaitu arwah Yasmin Ahmad di doodle Google muka hadapan hari ini. Nampaknya Google menyambut hari kelahiran Allahyarham Yasmin Ahmad yang jatuh pada 7 Januari.

Allahyarham Yasmin Ahmad yang merupakan seorang sutradara, penulis lakonlayar dan kolumnis di Malaysia itu meninggal dunia pada 25 Julai 2009.

Doodle itu menunjukkan gambar  Yasmin Ahmad seperti dilukis dalam bentuk kaler air dan logo Google juga ada ciri-ciri seperti poster filem Sepet yang diarahkannya.

Sepet yang diarahkannya pada tahun 2004 merupakan sebuah filem yang berjaya menyentuh hati ramai rakyat Malaysia apabila mengenengahkan cerita cinta antara budak lelaki berbangsa Cina dan budak perempuan berbangsa Melayu.

Anak seni berbakat besar kelahiran Muar, Johor ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, UnitedKingdom.

Ini bukan pertama kali Google mencipta doodle bagi memberi penghormatan pada acara-acara di Malaysia tetapi buat julung kalinya seorang figura Malaysia diberi pengiktirafan antarabangsa oleh Google.

Sebelum ini, Google telah mencipta doodle untuk  sambutan kemerdekaan Negara kita sejak tahun2007, 2009, 2011, 2012 dan tahun lalu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers