'Gangsterock' Hasil Idea Sofi Jikan Dari Tahun 2010

'Gangsterock' Hasil Idea Sofi Jikan Dari Tahun 2010

'Gangsterock' Hasil Idea Sofi Jikan Dari Tahun 2010

Filem Gangsterock arahan Sofi Jikan merupakan karya sulung terbitan syarikat produksi YKS Film Maker Sdn Bhd yang merupakan kerjasama antara Yusof Kelana dan Serina Redzuawan.

Menggabungkan elemen rock dan gangsterisme, filem ini menjanjikan kelainan dari segi persembahan ceritanya dan gaya pengarahan Sofi buat pertama kali di layar perak.

"Filem ini merupakan percubaan pertama saya di layar perak kerana sebelum ini saya telah mengarahkan beberapa telemovie. Saya sudah mengumpul idea untuk naskhah ini sejak tahun 2010 lagi. 'Gangsterock' merupakan penjenamaan semula saya bagi membersihkan imej daripada dibelenggu gangsterisme semata-mata," ujar Sofi ketika ditemui di sidang media filem tersebut pada Isnin.

Sementara itu, Sofi juga mendedahkan bukan mudah untuknya mendapat kepercayaan dan keyakinan penerbit untuk menerbitkan filem tulisannya itu.

"Saya sudah buat persiapan yang cukup rapi dan teliti sebelum bentangkannya di hadapan Sherina dan Yusof Kelana. Saya tahu ramai yang tidak yakin dan anggap saya berangan sahaja. Tapi,itu semua tidak patahkan semangat saya kerana percaya dengan tenaga kerja dan pemilihan barisan pelakon terbaik mampu memberi kejayaan kepada filem ini," ujar Sofi lagi.

'Gangsterock' Hasil Idea Sofi Jikan Dari Tahun 2010


Sementara itu, selaku penerbit, Serina memberitahu dia meletakkan kepercayaan kepada Sofi memandangkan pelakon itu mempunyai latar belakang luas dalam bidang seni.

"Saya meletakkan kepercayaan kepada Sofi untuk mengarahkan filem ini kerana saya tahu dia mempunyai jiwa yang besar serta mempunyai latar belakang luas dalam bidang seni," ujar Serina ketika ditemui di majlis yang sama. 

Serina turut berkongsi setiap pelakon bakal diberikan royalti terhadap keuntungan mengikut peratusan tertentu seperti tercatat di dalam kontrak bagi membangkitkan semangat bahawa filem 'Gangsterock' ini adalah filem mereka bersama. 

Filem bergenre komedi muzikal ini dijangka menelan belanja RM 1.5 juta dan bakal menjalani penggambaran bermula 11 Januari hadapan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Filem ini membariskan pelakon popular seperti Khir Rahman, Izara Aishah, Saiful Apek, Sharifah Amani, Aqasha, Namron, Syafie Naswip dan ramai lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers