Atilia Bangga Salamiah Hassan Bikin Konsert Solo Pertama Di Ib!

Atilia Bangga Salamiah Hassan Bikin Konsert Solo Pertama Di Ib!

Atilia Bangga Salamiah Hassan Bikin Konsert Solo Pertama Di Ib!

Anak mana yang tidak bangga jika ibunya berpeluang mengadakan konsert solo yang pertama di Istana Budaya.

Begitulah yang dirasai oleh Raja Atilia Raja Haron terhadap ibunya Salamiah Hassan yang bakal membuka tirai Istana Budaya dengan konsert solo pertamannya, Konsert Gelombang Salamiah Hassan pada 10, 11 dan 12 Januari 2014.

Atilia ketika ditemui portal Murai sejujurnya berkata, sebelum dia memang mahu menganjurkan sebuah konsert yang berskala besar buat ibunya yang tercinta itu.

"Sepatutnya, dah lama dia kena buat konsert yang sebesar ini. Namun, apa yang dirancang selama ini masih tidak menjadi kenyataan.

"Terima kasih buat produser Raja Azmi Raja Sulaiman serta team produksi Akid Productions kerana sudi untuk menganjurkan sebuah konsert buat mama (panggilan untuk Salamiah Hassan).

"Dalam konsert solonya yang pertama ini, Mama akan membawa peminat serta pencinta muzik tanah air mengimbau kembali perjalanannya dalam dunia hiburan selama 4 dekad

"Saya percaya ramai di luar sana yang tidak sabar untuk melihat dia beraksi serta membuat persembahan. Termasuklah saya sendiri.

"Walaupun sudah beberapa kali membuat persembahan bersama dengan Mama, tapi saya sentiasa berasa excited setiap kali dia beraksi di atas pentas kerana cara dia beraksi itu berbeza dan sangat luar biasa. Saya sendiri pun akui tidak mampu buat seperti apa yang dia buat," katanya Atilia.

Jelas Atilia lagi, dalam konsert ini juga, dia bakal berduet dengan ibunya dalam sebuah lagu.

"Malah, saya sendiri akan beraksi dengan sebuah lagu solo. Apa yang boleh saya katakan di sini, anda semua harus datang menyaksikan konsert ini.

"Kerana melalui konsert ini, anda akan mengenali dia dengan lebih dekat termasuklah mengetahui minatnya dalam dunia fesyen," katanya lagi.

Tiket untuk menyaksikan konsert Salamiah Hassan berharga RM350, RM300, RM250, RM200, RM150 dan RM80. Dapatkan di www.ticket2u.biz sekarang atau terus ke kaunter Box Office Istana Budaya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers