Shila Amzah & Hanis Zalikha Sedang Kemaruk Kucing

Shila Amzah & Hanis Zalikha Sedang Kemaruk Kucing

Shila Amzah & Hanis Zalikha Sedang Kemaruk Kucing

Kebelakangan ini semakin ramai nampaknya selebriti popular tanah air yang berjinak-jinak menjadikan kucing sebagai binatang peliharaan kegemaran mereka.


Shila Amzah & Hanis Zalikha Sedang Kemaruk Kucing

Antara mereka ialah penyanyi terkenal Shila Amzah dan juga pelakon serta pengacara cantik Hanis Zalikha yang telah berkongsi wajah dan gelagat kucing kesayangan mereka di laman Instagram peribadi masing-masing.

Hanis Zalikha nampaknya cukup beruntung kerana telah menerima seekor kucing comel berbulu jingga yang tiba-tiba muncul dari tepi katilnya ketika bagun dari tidur baru-baru ini.



Sempat juga Hanis Zalikha menerusi Intagram peribadinya berkongsi video kucing kecilnya itu yang sedang asyik bermain headphone miliknya.

Kerana kejutan itu juga, video pendek yang dirakamkan Hanis Zalikha itu  telah mendapat lebih 12,000 tontonan dan likes daripada peminatnya.



Begitu pula dengan Shila Amzah, dia nampaknya cukup gembira apabila dapat bersama dua ekor kucing yang diberi nama Sica dan Yuri.



Beberapa foto menarik telah dikongsikan penyanyi itu dilaman Instagram miliknya terutama gelagat dua ekor berkenaan sedang tidur terlentang yang telah mendapat lebih 14,000 ‘likes’ daripada peminat laman sosialnya itu.



Shila amzah juga nampaknya rajin melayan kerenah Sica danYuri bermain bersama-sama sebagai salah satu therapy buatnya yang sering padat dengan jadual nyanyiannya setiap hari.

Apa yang pasti kedua-dua selebriti popular itu cukup bertuah kerana memiliki kucing comel yang dapat bermain bersama-sama pada waktu suka dan juga  duka.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers