Kenapa Ella Suka Berambut Panjang?
12 perkara menarik tentang ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Aminuddin. Terkenal dengan lenggok manjanya, personaliti kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini memberitahu mempunyai sebab tersendiri mengapa dia berbuat sedemikian. Ingin tahu kenapa, jom lihat senarai di bawah.
1. Pelantun lagu ‘Kesal’ ini geli dan tidak suka dengan tempat kotor. Selain timbul ruam-ruam gatal, Ella turut memberitahu pernah demam kerana terlalu alergi dengan tempat kotor.
2. Ella sangat berdisiplin tentang penjagaan kesihatan dan juga pemakanan. Menurut Ella, jika ada masa terluang, dia juga akan melakukan senaman untuk mengekalkan kecergasan badan.
3. Penyanyi berusia 48 tahun ini memberitahu dia wajib makan dua jenis buah pada setiap hari. Selain buah, Ella juga akan mengambil sayur dalam setiap menu pemakanannya.
4. Ella mengakui tidak mempunyai kawan ketika zaman persekolahannya. Ini kerana dia seorang yang pemalu dan tidak pandai bergaul.
5. Selain gemar mengumpul wangian berjenama, Ella juga gemar mengumpul buku. Menurut Ella, dia gemar membaca semua jenis buku, namun buku yang paling menjadi pilihannya adalah buku berbentuk ilmiah.
6. Isteri kepada juruterbang, Azhar Ghazali ini sangat sukakan makanan Jepun.
7. Tempat percutian terakhir yang dilawati Ella adalah Pulau Redang, Terengganu.
8. Ella sangat fobia dengan ulat bulu dan pacat.
9. Sebut saja nama penyanyi lagu ‘Simbiosis’ ini, pasti perkara pertama yang muncul di fikiran semua adalah sifat manja yang ada pada dirinya. Menurut Ella, dia memang seorang yang manja sejak dari kecil lagi dan menafikan dia sengaja membuat-buat perkara tersebut. Kongsi Ella lagi, dia tidak perlu menjadi orang lain dan mengakui berkelakuan sebegitu kerana dia seorang yang sangat pemalu.
10. Selain manja, Ella juga terkenal dengan ‘trademark’ berambut panjang. Tutur penyanyi lagu ‘Rama-Rama’ ini, dia merasakan dirinya tidak cantik dan sebab itulah dia selesa berambut panjang kerana mengakui setidak-tidaknya ia dapat menutup ‘kekurangannya’ itu.
11. Ella mengamalkan makanan Sunnah seperti pengambilan buah zaitun, delima, madu dan kurma untuk kesihatan dalamannya.
12. Jika tidak bergelar penyanyi, Ella memilih untuk menjadi setiausaha kerana dia gemar memakai baju kurung dan juga kasut tinggi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.