TERKINI!!! KPDNHEP Kelantan patah cubaan seludup minyak masak, tepung gandum. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! KPDNHEP Kelantan patah cubaan seludup minyak masak, tepung gandum. Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup minyak masak dan tepung gandum bersubsidi ke negara jiran, semalam.

TERKINI!!! KPDNHEP Kelantan patah cubaan seludup minyak masak, tepung gandum. Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup minyak masak dan tepung gandum bersubsidi ke negara jiran, semalam.


Unit Media KPDNHEP Kelantan dalam satu kenyataan berkata kejayaan itu hasil operasi bersepadu pihaknya bersama agensi penguatkuasaan di sempadan termasuk Batalion ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor.

Menurutnya dalam kejadian kira-kira pukul 4.00 petang itu, pasukan risikan penguatkuasa KPDNHEP Kelantan bersama Pasukan Polis Marin mengesan dua lori membawa pelbagai jenis barangan untuk dibawa keluar dari negara di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Pasir Mas.




"Pihak kami menahan lori pertama dan hasil pemeriksaan menyeluruh membawa kepada penemuan 3,536kg minyak masak bersubsidi yang cuba dibawa masuk ke negara jiran. Pemeriksaan terhadap lori kedua pula menemukan 3,400kg minyak masak dan 960 kg tepung gandum bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut modus operandi penyeludup adalah dengan menyusun minyak masak dan tepung gandum di bahagian bawah muatan pelbagai jenis barangan di dalam lori lori berkenaan.

"Kedua-dua pemilik kenderaan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers