TERKINI!!! Akad nikah di Pulau Pinang dibenarkan bermula esok. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! Akad nikah di Pulau Pinang dibenarkan bermula esok. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan membenarkan urusan akad nikah umat Islam yang sebelum ini ditangguhkan semasa langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula esok.

TERKINI!!! Akad nikah di Pulau Pinang dibenarkan bermula esok. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan membenarkan urusan akad nikah umat Islam yang sebelum ini ditangguhkan semasa langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula esok.


Pengarahnya Zulkifli Long berkata namun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) majlis akad nikah hanya boleh dijalankan di pejabat agama daerah sahaja dengan kehadiran  terhad serta mengikut prosedur operasi standard (SOP)  yang telah ditetapkan.

"JHEAIPP akan membenarkan akad nikah bermula esok dan untuk permulaan ia (akad nikah) untuk bakal pengantin yang dokumen serta borang mereka telah siap dan diluluskan sebelum PKP.




"Majlis akad nikah hanya akan dibuat di pejabat agama daerah sahaja, namun jika  bakal pengantin dalam keadaan tidak sihat seperti demam mereka tidak dibenarkan untuk melangsungkan perkahwinan kerana kami menjaga kemaslahatan semua pihak yang terbabit dalam urusan majlis akad nikah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya orang ramai yang telah membuat permohonan kebenaran akad nikah secara dalam talian menerusi laman sesawang JHEAIPP sepanjang tempoh PKP, perlu mencetak semua borang yang mereka isi menerusi dalam talian untuk dikemukakan kepada pejabat agama di setiap daerah bagi tindakan selanjutnya.

Zulkifli berkata mereka yang hadir di pejabat agama perlu mematuhi SOP iaitu memakai penutup mulut serta hidung, sanitasi tangan sebelum berurusan di kaunter, menjaga jarak sosial serta jumlah pengunjung yang dihadkan pada satu-satu masa.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers