TERKINI!!! 417 penuntut IPT di Johor bergerak pulang ke Zon Timur malam ini. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! 417 penuntut IPT di Johor bergerak pulang ke Zon Timur malam ini. Seramai 417 penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari zon Timur yang terkandas di kampus mereka di sini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing, malam ini.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Durrishah Idrus berkata 297 daripada mereka adalah penuntut UTM, manakala 120 lagi adalah penuntut dari Politeknik Ibrahim Sultan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Pasir Gudang, Kolej Universiti Selatan dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.
Beliau berkata penghantaran pulang mereka dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
“Ini termasuk dengan melakukan pemeriksaan suhu badan ke atas pelajar sebelum menaiki bas, membekalkan pelajar dengan makanan untuk sahur, penutup hidung dan mulut, serta cecair pembasmi kuman,” katanya ketika ditemui Bernama semasa proses penghantaran pulang pelajar di Dataran UTM, di sini malam ini.
Selain itu, katanya, pihak universiti turut memastikan kesemua 33 bas yang membawa penuntut IPT itu telah disanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
“Kita juga memastikan semua pelajar mengisi borang pengisytiharan sihat yang disediakan Pusat Kesihatan Universiti dan hanya 20 pelajar sahaja dibenarkan dalam setiap bas bagi menjaga penjarakan sosial,” katanya.
Durrishah berkata UTM selaku penyelaras proses penghantaran pulang pelajar IPT bagi Zon Selatan, akan menghantar pulang penuntut dari Zon Perak dan Zon Utara, pada 10 Mei.
Sementara itu, ditanya tentang status penuntut antarabangsa di universiti berkenaan, Durrishah berkata kebanyakan mereka memilih untuk tinggal di kampus berbanding pulang ke negara masing-masing.
“Rata-rata memilih untuk kekal di kampus kerana ingin fokus kepada pengajian mereka memandangkan peperiksaan akhir dijadualkan pada Julai 2020.
“Mereka juga khuatir sekiranya mendapat permasalahan dari segi capaian internet dan akses komunikasi lain yang menganggu pengajian sekiranya pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.