TERKINI!!! UTM tangguh konvokesyen ke tahun depan. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! UTM tangguh konvokesyen ke tahun depan.  Istiadat Konvokesyen untuk kira-kira 8,000 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tahun ini akan ditangguhkan ke tahun hadapan bagi mengekang penularan COVID-19.

TERKINI!!! UTM tangguh konvokesyen ke tahun depan.  Istiadat Konvokesyen untuk kira-kira 8,000 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tahun ini akan ditangguhkan ke tahun hadapan bagi mengekang penularan COVID-19.


Naib Canselor UTM Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar berkata penangguhan majlis itu yang sepatutnya berlangsung pada 24 Okt ini dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengambil kira perkembangan terkini penularan wabak berkenaan.

"Konvokesyen ini terpaksa ditangguhkan ke tahun depan. Walau bagaimanapun, pelajar masih boleh mengambil sijil mereka walaupun konvokesyen ditangguhkan. 




“...dan jika pelajar masih mahu merasakan suasana konvokesyen sebenar pula, mereka juga boleh datang pada konvokesyen tahun hadapan iaitu pada bulan Oktober atau November," katanya kepada pemberita di Dataran UTM, di sini, hari ini.

Wahid berkata demikian sebagai mengulas notis pemakluman penangguhan majlis konvokesyen itu yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi UTM semalam.

Terdahulu, beliau menyaksikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor melakukan sanitasi terhadap bas-bas yang akan membawa seramai 401 pelajar UTM dan institusi lain untuk pulang ke kampung halaman mereka di pantai timur malam ini, yang turut dihadiri oleh Pengarah JBPM Johor Datuk Yahaya Madis.

-- BERNAMA 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers