TERKINI!!! PKP: PKPB: Keseimbangan keperluan kesihatan dan ekonomi jadi pertimbangan - Ismail Sabri. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! PKP: PKPB: Keseimbangan keperluan kesihatan dan ekonomi jadi pertimbangan - Ismail Sabri. Keseimbangan dari segi keperluan kesihatan dan ekonomi menjadi pertimbangan kerajaan sebelum melonggarkan beberapa aspek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk dilaksanakan dalam PKP fasa lima iaitu PKP Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika dilihat keadaan ekonomi negara akibat PKP fasa pertama, kerugian kepada negara adalah besar iaitu RM2.4 bilion sehari.
"Sepuluh hari sudah RM24 bilion... sekarang dah lebih 40 hari (PKP dilaksanakan), jadi kerugiannya amat besar untuk ditanggung.
"Keduanya, ramai rakyat kata yang rugi itu adalah usahawan besar, mereka tanggunglah, tetapi kita jangan lupa jika sebuah syarikat besar ditutup kerana kerugian, yang jadi mangsa adalah rakyat, pekerja-pekerja," katanya dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk "Disiplin Diri Demi Negara" di Bernama TV malam ini.
Menurutnya kerajaan menjangkakan lebih daripada sejuta pekerja mungkin kehilangan pekerjaan sekiranya PKP tidak dilonggarkan serta berterusan sehingga Jun ini.
"Itu yang bekerja, (tetapi bagi) yang berniaga sendiri, sesetengah itu perniagaan mikro yang kecil-kecil ini, mereka bergantung kepada pendapatan harian mereka untuk hidup. Jadi mereka bercakap bukan soal untung rugi, tetapi soal sama ada mampu untuk meneruskan kehidupan dari segi perniagaan mereka. Jadi banyak pertimbangan yang kita (kerajaan) lakukan," katanya.
Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata fokus kerajaan kini adalah terhadap kluster yang dijangkiti COVID-19 dan juga dari segi lokaliti bagi mengawal penularan wabak berkenaan.
"Sekarang kita fokus kepada lokaliti. Katakan (contohnya jika) tiba-tiba berlaku PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) di Chow Kit, di Kampung Baru atau seluruh Kampung Baru, jadi kita ‘lock’ satu Kampung Baru, tidak perlu kita ‘lock’ sampai ke Perlis," jelasnya.
Katanya tidak adil untuk kerajaan membuat sekatan terhadap sesebuah negeri yang kesemua kawasannya Zon Hijau COVID-19, hanya kerana ada kawasan-kawasan di negeri lain yang mempunyai Zon Merah.
Dalam aspek pergerakan rentas negeri, beliau berkata Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dianggap sebagai Lembah Klang, dan sehubungan itu tiada masalah dalam soal pergerakan.
Dalam pada itu, berhubung isu pendatang asing tanpa izin, Ismail Sabri menegaskan tindakan kepada kelompok terbabit tetap sama, sama ada sebelum, semasa atau selepas PKP.
“Kita tidak boleh kata, kita lepaskan kamu (pendatang tanpa izin) sebab kamu datang waktu COVID-19. Tak boleh, sebab kalau begitu kita beri signal yang salah bukan sahaja kepada rakyat kita tetapi juga kepada yang bakal nak jadi pendatang asing tanpa izin (untuk datang ke Malaysia),” katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.