TERKINI!!! Tiga aplikasi kerajaan ungguli jumlah muat turun tertinggi di Play Store. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! Tiga aplikasi kerajaan ungguli jumlah muat turun tertinggi di Play Store. Tiga aplikasi kerajaan yang berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perkembangan COVID-19 di Malaysia menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun oleh rakyat.

TERKINI!!! Tiga aplikasi kerajaan ungguli jumlah muat turun tertinggi di Play Store. Tiga aplikasi kerajaan yang berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perkembangan COVID-19 di Malaysia menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun oleh rakyat.


Berdasarkan laporan terkini oleh SimilarWeb.com, aplikasi Gerak Malaysia mengungguli kedudukan di tempat pertama sebagai aplikasi paling banyak dimuat turun di Google Play Store, diikuti MySejahtera dan MyTrace.

Ini diikuti aplikasi Ultraman: Legend of Heroes dan NERF Epic Pranks! yang menduduki tempat lima teratas.

Senarai kedudukan itu berdasarkan faktor muat turun terkini dan pengguna aktif sepanjang tempoh 28 hari, bagaimanapun laporan itu tidak memperincikan rekod jumlah muat turun sepanjang tempoh berkenaan.

Ketiga-tiga aplikasi kerajaan berkenaan adalah antara 100 senarai aplikasi baharu yang paling popular dikesan melalui sistem algorisma SimilarWeb.com.




Syarikat itu, yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat menyediakan perkhidmatan laman web analitik untuk perniagaan dan pelanggan termasuk data jumlah trafik laman web, sumber rujukan, analisis perkataan dan lain-lain kajian berkaitan laman web.

Aplikasi Gerak Malaysia dibangunkan bagi tujuan memudahkan urusan permohonan untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri bagi orang ramai yang terkandas di kampung untuk pulang ke bandar sebaik sahaja PKP diumumkan pada 18 Mac lepas.

Memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pada sidang medianya semalam, 1.4 juta kali aplikasi Gerak Malaysia telah dimuat turun dengan sebanyak 503,276 permohonan pergerakan antara negeri diterima.

Manakala aplikasi MySejahtera dan MyTrace, masing-masing berperanan hampir sama iaitu dibangunkan oleh kerajaan untuk membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan pengesanan kontak jangkitan wabak COVID-19.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers