TERKINI!!! Jadikan pertanian di rumah sebagai normal baharu - Raja Muda Perlis. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! Jadikan pertanian di rumah sebagai normal baharu - Raja Muda Perlis. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan rakyat negeri itu memanfaatkan masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan melakukan aktiviti pertanian di halaman rumah masing-masing.
Baginda bertitah rakyat Perlis boleh menjadikan pertanian di rumah sebagai normal baharu dalam kehidupan kerana banyak bahan keperluan dapur dapat dihasilkan sendiri selain boleh menjana pendapatan tambahan.
“Kalau boleh biarlah ia menjadi budaya hidup di Perlis, di mana setiap rumah akan mempunyai pertanian sendiri. Lama kelamaan pasti ilmu pertanian setiap keluarga akan meningkat dan hasilnya juga akan bertambah,” titah baginda menerusi kenyataan hari ini.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah banyak tanaman yang boleh mendatangkan hasil dengan cepat iaitu dalam tempoh dua hingga tiga bulan seperti cili, jagung, tembikai dan labu.
Titah baginda tanaman sayur-sayuran yang memerlukan masa lebih singkat jika diusahakan dengan tekun, baik dan bijak, boleh menjana pendapatan.
Baginda bertitah aktiviti pertanian juga boleh menyihatkan tubuh badan selain menghasilkan landskap yang cantik di kawasan rumah masing-masing.
Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah MAIPs menyediakan bantuan benih kepada golongan asnaf yang ingin mengusahakan pertanian di bawah ‘Program Peningkatan Ekonomi Asnaf’.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.