TERKINI!!! PKPK: Kes kebakaran, penyelamatan di Johor turun hampir 20 peratus. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! PKPK: Kes kebakaran, penyelamatan di Johor turun hampir 20 peratus. Kes-kes kecemasan yang melibatkan kebakaran dan penyelamatan di negeri ini turun hampir 20 peratus semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Datuk Yahaya Madis berkata pada Mac tahun lepas, jumlah kes yang dilaporkan kepada pihaknya ialah 1,873 namun telah menurun 18.2 peratus iaitu kepada 1,532 kes dalam tempoh sama, tahun ini.
Bagi April pula, hanya 790 kes kecemasan dilaporkan berbanding 977 kes pada April tahun lepas iaitu penurunan sebanyak 19.14 peratus.
Beliau yakin faktor penurunan kes juga adalah disebabkan orang ramai tidak keluar rumah selepas PKP dilaksanakan.
“Meskipun begitu, masih terdapat juga kes pembakaran terbuka seperti sampah dan kebun. Mungkin kerana mereka yang tinggal di kampung sudah jemu duduk di rumah dan keluar ke kebun membakar sampah dan sebagainya tapi selepas itu, ditinggalkan sahaja," katanya kepada pemberita di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau memantau pasukan bomba yang melakukan sanitasi ke atas bas-bas yang akan membawa seramai 401 pelajar UTM dan institusi pendidikan lain untuk pulang ke pantai timur malam ini.
Turut hadir Naib Canselornya Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar.
Yahaya berkata ini adalah kali keempat pihaknya melakukan sanitasi ke atas bas-bas yang dinaiki pelajar UTM.
Kali pertama pada 30 April lepas melibatkan 31 buah bas dan 264 pelajar; 4 Mei (28 bas dan 331 pelajar); 6 Mei (11 bas dan 190 pelajar) dan hari ini (33 bas dan 401 pelajar).
"Kita melakukan sanitasi dengan semburan nyahkuman yang cukup di ruangan bagasi bas dan laluan yang dilalui. Malam ini, sebelum pelajar menaiki bas, kita akan lakukan satu lagi kerja-kerja sanitasi melibatkan bagasi mereka pula," katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.