TERKINI!!! Skim Kawalan Harga Sempena Hari Raya Aidil Fitri diumum dalam masa terdekat. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! Skim Kawalan Harga Sempena Hari Raya Aidil Fitri diumum dalam masa terdekat. Meskipun berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Hari Raya Aidil Fitri tetap diteruskan dan pelaksanaannya diumum dalam masa terdekat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi berkata kementerian mengkaji kira-kira 11 jenis barangan yang akan ditetapkan pada harga maksima dan wajib dipatuhi peniaga pada musim perayaan kali ini.
“Antara barangannya adalah seperti ayam, telur dan daging lembu, manakala selebihnya akan diumumkan nanti bagi memastikan kita dapat menjaga kepentingan orang ramai, peniaga dan semua pihak.
“Sebab itu kita cari mana (tetapkan) harga yang patut untuk semua, bukan mudah tetapi anggota penguat kuasa kita ada pengalaman dan akan cari (tetapkan) harga yang boleh diterima semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pasaraya TF Value Mart Seri Manjung, di sini hari ini.
Beliau berkata sehingga kini, lebih 47,000 pemeriksaan telah dilakukan ke atas tiga kategori iaitu peruncit, pemborong dan pengilang di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memantau harga dan juga bekalan barangan.
“Kami pasti barangan mencukupi dan pihak penguat kuasa sentiasa berada di lapangan untuk memeriksa... kita ada 2,500 anggota di seluruh negara untuk memantau keadaan,” katanya.
Dalam pada itu, Nanta berkata sepanjang tempoh PKP, pihaknya berjaya mengesan 26 kes penyeludupan minyak petrol, diesel dan minyak masak dengan nilai rampasan keseluruhan hampir RM157,000 di sempadan negara di Kelantan.
Terdahulu, Nanta menyampaikan sumbangan makanan Foodbank kepada badan bukan kerajaan (NGO) Trong di Dewan NGO Trong di Taman Desa Trong Utama, Taiping.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.