TERKINI!!! Jangan terlalu emosi, tindakan selepas terima aduan-JHEAT. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! Jangan terlalu emosi, tindakan selepas terima aduan-JHEAT. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihati orang ramai agar tidak terlalu beremosi dalam memberi komen berhubung kes seorang suri rumah yang ditangkap khalwat di Besut, pada Selasa lepas.

Pesuruhjaya JHEAT Mat Azmi Arshad berkata pihaknya telah melakukan siasatan selepas menerima aduan dan tindakan itu bukan dilakukan secara semberono.

"JHEAT telah cuba melindungi maruah mereka yang terlibat namun tindakan pihak tersebut yang mendedahkan isu ini bagi meraih simpati netizen dengan memberi gambaran negatif terhadap penguat kuasa di media sosial.

"JHEAT tidak berhasrat mendedahkan hasil siasatan sebaliknya menyerahkannya kepada pihak pendakwaan dan biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya kelak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu khalwat dan Seksyen 55 enakmen sama kerana penyubahatan, katanya.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers