TERKINI!!! Kediaman milik bekas timbalan menteri KPDNHEP terbakar. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! Kediaman milik bekas timbalan menteri KPDNHEP terbakar. Kediaman milik bekas timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) dan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, di Jalan Nyiur di sini, terbakar kira-kira pukul 4.54 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Tiong Ling Hii berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan berkenaan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dan Batu Lintang, digerakkan ke rumah Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu. 

TERKINI!!! Kediaman milik bekas timbalan menteri KPDNHEP terbakar. Kediaman milik bekas timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) dan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, di Jalan Nyiur di sini, terbakar kira-kira pukul 4.54 petang tadi.

"Komander operasi melaporkan kebakaran sebuah rumah dua tingkat jenis kekal telah terbakar di bahagian atas bangunan, melibatkan sebuah bilik bacaan di tingkat atas rumah terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiong berkata pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal dan memadamkan kebakaran itu.

“Kebakaran itu mengakibatkan bilik terbabit terbakar 20 peratus, di mana semasa kejadian terdapat lima mangsa iaitu dua lelaki dan tiga wanita berada di dalam kediaman itu.

“Kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa manakala punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Difahamkan, Chong berada di rumah berkenaan semasa kejadian dan beliau belum membuat sebarang komen mengenai insiden terbabit, serta usaha Bernama untuk mendapatkan reaksi daripadanya, juga tidak berjaya.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers