TERKINI!!! FELDA salur bantuan asas makanan kepada peneroka. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! FELDA salur bantuan asas makanan kepada peneroka. Seramai 112,638 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima bantuan asas makanan menerusi peruntukan berjumlah RM5.6 juta.
Pengarah Besar FELDA Datuk Dr Othman Omar dalam kenyataan hari ini berkata bantuan berupa pek bernilai RM50 yang mengandungi makanan keperluan asas seperti beras, gula pasir dan minyak masak itu dilaksanakan bermula semalam hingga 13 Mei ini melalui kedai D’Mart di kawasan rancangan FELDA.
Selain itu, katanya sebanyak RM1.1 juta lagi disumbangkan kepada Pusat Makanan Komuniti Rancangan (PMKR) untuk digunakan bagi membeli dan mengagihkan pek barangan makanan kepada lebih 28,000 peneroka dan generasi baharu yang layak.
PMKR ditubuhkan pada awal pelaksanaan PKP oleh Jawatankuasa Perundingan Peneroka untuk membantu peneroka yang terjejas dengan penguatkuasaan arahan itu.
“Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah mula dilaksanakan dan orang ramai sudah boleh pergi bekerja, namun ramai yang masih terjejas dari segi kewangan.
“FELDA sentiasa prihatin dan akan terus berusaha membantu meringankan beban warga peneroka yang terkesan dengan memastikan bantuan bekalan asas tidak terputus dan dikendalikan dengan sebaik mungkin,” katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.