TERKINI!!! UPKO sumbang beras kepada institusi keagamaan di Tuaran. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! UPKO sumbang beras kepada institusi keagamaan di Tuaran. Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini menyampaikan sumbangan beras kepada beberapa institusi agama di Tuaran bagi meringankan beban sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau berkata sumbangan itu diberikan kepada Seventh-Day Adventist (SDA) Mission Tamparuli Sabah, Masjid Al-Hidayah Pekan Kiulu, San Damiano Convent Kiulu dan La Foresta of Franciscan Hermitage.

"Usaha ini dilakukan melalui Biro Agama UPKO Tuaran dan saya berharap bantuan ini dapat membantu meringankan beban mereka sepanjang tempoh PKP ini," katanya kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Al-Hidayah Kiulu, Toisin Selamat dan ahli jawatankuasa masjid itu amat menghargai ingatan dan sumbangan yang diberikan.

Biarawati La Foresta, Joan Michael menyifatkan bantuan tersebut menunjukkan pemimpin rakyat  sentiasa prihatin dengan kebajikan badan keagamaan.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers