YAM Tunku Jalil Tampilkan Artis Popular Di Konsert Amal PDRM

YAM Tunku Jalil Tampilkan Artis Popular Di Konsert Amal PDRM

YAM Tunku Jalil Tampilkan Artis Popular Di Konsert Amal PDRM


KL, 3 JUN 2014: Cetusan ilham oleh Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali dengan gelaran Tunku Laksamana Johor bakal merealisasikan satu konsert amal buat Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 15 Jun 2014, Sabtu jam 8.00 malam di Persada Johor.

Konsert bertemakan hitam klasik ini dianjurkan bagi mengutip sumbangan daripada orang awam melalui penjualan tiket serta koleksi peribadi dan jualan- jualan lain bagi menampung perbelanjaan aktiviti - aktiviti berbentuk kebajikan oleh PERKEP (Persatuan Keluarga Polis Kontinjen Johor).

YAM Tunku Abdul Jalil seorang kerabat diraja yang berjiwa rakyat dan walaupun tidak lagi bersama PDRM, Tunku Jalil prihatin dan peka terhadap keperluan kebajikan warga polis dan keluarga. Pengalaman bertugas dalam pasukan telah memberi pendedahan kepada YAM Tunku Abdul Jalil betapa perlunya bantuan kebajikan dalam pasukan.

Artis-artis terkemuka tanah air yang akan menjayakan konsert amal ini terdiri daripada Anuar Zain, Ziana Zain, Amy Search, Adira, Najwa Latiff, Nash (Lefthanded) Nomad dan  Azlee Senario.

Penaja utama bagi konsert ini adalah Iskandar Waterfront Holding dan Johor Corporation selain Persada Johor, Puteri Pacific & Destino Bridal Gallery. Tiket-tiket yang dijual bagi konsert ini bernilai RM88, 288, 588 dan boleh didapati di www.redtix.airasia.com. Namun jika ingin membeli tiket korporat bernilai RM788 boleh diperolehi melalui talian 011-39439940.

Hasil kutipan konsert amal ini akan digunakan sepenuhnya untuk membiayai keperluan kebajikan warga polis dan keluarga mereka bagi menampung perbelanjaan yang diperlukan.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers