Empat Bintang AF Bakal Dedah Kisah Cinta Masing-Masing?

Empat Bintang AF Bakal Dedah Kisah Cinta Masing-Masing?

Empat Bintang AF Bakal Dedah Kisah Cinta Masing-Masing?


KUALA LUMPUR, 3 JUN 2014: Semalam telah berlangsungnya sidang media untuk musim terbaru program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) untuk tahun 2014.

Sedar tak sedar, kita kini telah pun memasuki musim ke-11 program realiti ini dan telah menyaksikan 10 juara dan serta ramai bintang-bintang dari AF muncul mewarnai persada seni.

Namun, seperti mana selebriti lain di negara kita, bintang-bintang AF ini tidak dapat lari kontroversi berkaitan kisah peribadi mereka.

Juara AF8, Shahir contohnya baru-baru ini mendapat liputan meluas media apabila dia dikatakan berkawan rapat dengan ratu primadona negara, Erra Fazira.

Hazama yang merupakan juara AF9 pula diketahui umum bahawa dia kini menjalin hubungan cinta dengan pemuzik wanita, Genervie Kam dan foto mereka bercuti ke luar negara bulan lalu mendapat perhatian ramai pihak.

Sebut pasal foto, antara bintang paling sukses dihasilkan menerusi program Akademi Fantasia, Hafiz Suip juga turut berkali-kali dirundung kontroversi namun itu tidak sedikit pun menjejaskan kerjaya seninya yang kini telah merangkul pelbagai anugerah.

Juara AF7 ini bagaimanapun sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia memuatnaik gambar kekasih barunya di lama sosial Instagram. Hafiz juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan naib juara AF8, Adira namun hubungan mereka putus di tengah jalan.

Rakan seperjuangan Hafiz dalam AF7 iaitu Akim pula kini sedang mempunyai istimewa bersama juara AF6 iaitu Stacy. Keakaraban pasangan ini sering menjadi fokus utama media tentang sejauh mana hubungan mesra mereka namun Akim dan Stacy sehingga kini terus memberi jawapan selamat.

Justeru, keempat-empat bintang ini iaitu Shahir, Hazama, Hafiz dan Akim bakal disatukan malam ini apabila keempat-empat mereka akan menjadi tetamu undangan program MeleTOP.

Tentunya banyak soalan panas bakal diajukan oleh pasangan hos MeleTOP iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa kepada bintang-bintang AF ini. Kehadiran mereka juga adalah mempromosikan ujibakat AF 2014 yang akan bemula tidak lama lagi.

Nak tahu apa yang lebih menarik, jangan lupa untuk menonton program MeleTOP bermula jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers