Karyawan-PFM Cari Kata Sepakat Selesai Isu Penggiat Filem

Karyawan-PFM Cari Kata Sepakat Selesai Isu Penggiat Filem

Karyawan-PFM Cari Kata Sepakat Selesai Isu Penggiat Filem


KUALA LUMPUR, 2 JUN 2014: Berikutan pelbagai isu yang telah dihadapi oleh para penggiat industri filem dan televisyen tanahair, satu usaha telah dilakukan oleh Persatuan Karyawan Malaysia untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara penerbit dan artis bagi memajukan industri perfileman tempatan.

Mesyuarat di antara Persatuan Karyawan Malaysia dengan Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysai (PFM) bakal berlangsung di Finas pada esok hari, bermula jam 3 petang.

“Kami sudah lama merancang untuk mengadakan perjumpaan ini tetapi sering ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Baru-baru ini banyak isu yang telah ditangani oleh Karyawan, yang mengaitkan hubungan antara artis dan produser.Antara isu-isu yang akan di bincangkan termasuk masalah kelewatan mendapat bayaran,masalah khidmat dibatalkan pada saat akhir, ketiadaan kontrak yang standard serta keadaan lokasi yang kurang sempurna.

“Mungkin ada isu-isu lain yang akan dibangkitkan seperti royalti dan hak cipta tetapi pada peringkat permulaan ini kami rasa elok kami memberi fokus kepada perkara asas seperti kontrak dan masalah lokasi yang tidak sesuai, kata Presiden Karyawan, Dato' Freddie Fernandez.

Menurut Freddie Fernandez lagi, mesyuarat ini tidak melibatkan mana-mana pegawai Finas atau agensi kerajaan yang lain kerana pihaknya mahukan mereka yang hadir meluahkan perasaan hati mereka tanpa ragu-ragu.

"Objektifnya ialah untuk mencari jalan penyelesaian diatas apa-apa masalah yang di hadapi kedua belah pihak serta merancang aktiviti yang boleh dilakukan oleh kedua dua pihak dalam pembangunan industri filem.

"Umpamanya memerangi cetak rompak dan struktur promosi yang tepat bagi memasarkan filem tempatan dimana kutipan box office baru baru ini merosot dan membawa kerugian kepada penerbit.

“Kami sudah mendapat pengesahan bagi kehadiran Presiden PFM Datuk Yusof Haslam dan Timbalannya Datin Paduka Suhaimi Baba selain anggota AJK yang lain akan menghadiri mesyuarat tersebut," katanya lagi.

Manakala Karyawan pula akan diwakili Freddie Fernandez sendiri beserta Timbalan Presiden Radhi Khalid serta orang kuat Biro Pelakon iaitu Din Maidin dan Ezany Nizariff dan beberapa artis popular yang lain. Jika ada pelakon yang ingin menyertai acara ini, sila hubungi persatuan.karyawan@gmail.com atau talian 014-7176276 (Amad).


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers